Forum Perdana Maal Hijrah 1441H – Kerjasama PIQD (kini PIKDM) & Penjara Dusun Dato Murad Melaka

Alhamdulillah 12 Sept 2019 (Khamis) bertempat di Dewan KDN Melaka, PIQD (kini PIKDM)telah dijemput untuk menjayakan kerjasama strategik bersama Penjara Dusun Dato Murad Melaka untuk program Forum Perdana bersempena dengan Maal Hijrah 1441H.

Seramai 400 orang jemputan dan orang awam memenuhi dewan ini termasuk juga beberapa orang banduan Pra Bebas dibawa hadir ke dewan ini untuk pengisian ilmu yang disampaikan oleh 2 panelis tersohor iaitu Ust Dato Dr Zahazan dan Ust Dr Kamilin Jamilin.

Alhamdulillah kerjasama PIQD (kini PIKDM) bersama penjara Dusun Dato Murad Melaka pada tahun ini ada sedikit kelainan namun terasnya sama iaitu ‘ilmu’. PDDM merupakan penerima sumbangan infak Iqra dan Quran tafsir terbesar dari PIQD (kini PIKDM) saban tahun untuk manfaat banduan. Setiap banduan diberi satu naskah sumbangan Quran Tafsir dan menjadi hakmilik mereka sehingga mereka bebas.

Setinggi tinggi tahniah dan terimakasih kami kepada PKP Zamzuri Bin Ghani Pengarah Penjara Dusun Dato’ Murad, yang berusaha terutamanya Ust Muhamad Sufian bin Talib selaku Pegawai Agama penjara yang telah berusaha meneruskan kerjasama yang baik bersama PIQD (kini PIKDM) hingga ke hari ini, tahniah juga kerana berjaya mengadakan program berkualiti dibawah PPDM dengan kerjasama Yadim.

Program sebegini dianggap suatu usaha yang patut disuburkan dan disokong. Jazakumullahhu khayran buat semua yang menjayakan program ini juga tidak dilupai para penginfak PIQD (kini PIKDM) yang sentiasa menyokong tanpa henti. Terimakasih jua buat Butik Nurnisa (Melaka) selaku rakan kerjasama PIQD (kini PIKDM) yang sudi menaja ‘doorgifts’ PIQD (kini PIKDM) untuk para Penceramah & Moderator.

Barakallahhufeekum.

Pn Lynnda Abbas

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

(PPM-030-10-18122019)

Pautan

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

5627-4015-5175

© Hak Cipta Terpelihara 2023 - Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia