Status Terkini Pembinaan Tandas Sekolah Alternatif di Tawau Sabah

Alhamdulillah telah siap sepenuhnya tandas Sek Alternatif & tandas rumah Pak Muin di Tawau, Sabah ini yang tergendala agak lama untuk disiapkan akibat Covid PKP dan kayu berlian yang perlu ditempah dari pembekal sebelum memulakan kerja yang tergendala dan kos tambahan yang diperlukan disaat-saat akhir.

Alhamdulillah para penginfak PIKDM yang budiman sudi tampil menghulurkan apa yang kurang buat yang memerlukan.

Tercapailah hajat Sek Alternatif Tawau, Sabah ini untuk memiliki tandas sendiri walau seadanya, namun ianya sedikit selesa berbanding sebelum ini dan sekaligus PIKDM mahu menghargai pengorbanan Pak Muin yang sanggup korbankan separuh bahagian rumahnya untuk dibuat wakaf bagi Sek Alternatif manfaatkan ruang mengajar cikgu Azwan dan ruang belajar bagi anak-anak Kampung Hidayat.

Barakallahhufeekum buat keluarga Pak Muin. Asbab memberi sebahagian harta yang ada walau keluarganya pun dikategorikan miskin tapi jiwa memberi tetap Allah pandang mulia. Inilah janji Allah..tidak akan miskin orang yang bersedekah malah Allah janji pulangannya.

Pengajaran yang kita semua boleh ambil dari insan miskin harta namun punya jiwa besar untuk ummah.

Jazakumullahhu khayran dari PIKDM untuk semua para penginfak yang sentiasa menyokong usaha PIKDM dalam mengangkat tanggungjawab bermasyarakat dalam berkebajikan.

Jazakumullahhu khayran buat Cikgu Azwan terutamanya dan team PIKDM di sabah.

Barakallahhufeekum.

Lynnda Abbas
Pengerusi PIKDM

   
 
 

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

(PPM-030-10-18122019)

Pautan

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

5627-4015-5175

© Hak Cipta Terpelihara 2023 - Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia