Laporan Pembinaan Tandas Sekolah Alternatif Tawau

Laporan diterima dari Cikgu Azwan Sek Alternatif Tawau Sabah

Selesai sudah pembelian beberapa barangan untuk pembinaan tandas Sekolah Alternatif Tawau dan juga tandas rumah Pak Muin. Antara barangan yang sudah dibeli ialah simen, batu kerikil, pasir, mangkuk tandas, paip, pancuran air, zink, kayu 2×3, kayu 1×2, kayu 1×6 dan juga pintu tandas.

InshaAllah minggu ini akan disiapkan segera supaya para pelajar serta keluarga pak Muin dapat menggunakannya. Bayangkanlah beberapa bulan sebelum ini para pelajar terpaksa pulang ke rumah jika ingin membuang air kecil mahupun air besar. Mujur rumah mereka tidaklah terlalu jauh dari sekolah.

Alhamdulillah! Terima kasih kepada pihak PIKDM kerana sudi membantu untuk mendanai sepenuhnya pembinaan tandas ini. Semoga PIKDM sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan semua urusan. Aminn

Terima kasih juga buat semua rakyat Malaysia yang sebelum ini sudah banyak membantu dan menyumbang untuk penambahbaikan rumah Pak Muin. Semoga Tuhan akan membalas jasa jasa kalian!

#SekolahAlternatif
#RumahPakMuin
=================================
Jazakumullahhu khayran dari PIKDM kepada cikgu Azwan Sek Alternatif untuk laporan terkini dari Tawau Sabah.

Semoga dipermudahkanNya, dengan sedikit keselesaan ini dapatlah memberi banyak kebaikan buat murid dan guru fokus belajar dan mengajar.

Barakallahhufeekum buat penginfak PIKDM.

   

  

   

Media Sosial PIKDM

Jom Infak

Projek Angkat

Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan.

Infak Bulanan

Hulurkan bantuan
anda bagi
mereka yang
memerlukan.

Sumbangan
One-Off

Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat.

Zakat Online

Sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

Favicon Pikdm

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
(PPM-030-10-18122019)

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
5627-4015-5175

Jumlah Pelawat : 56042
© 2024 – Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PPM-030-10-18122019)