Selamat Hari Wanita♥️

Selamat Hari Wanita buat wanita² PIKDM

Wanita itu berlapis lapis sikap dan identiti
Punya hati halus mudah tersentuh terasa hati
Kelihatan lemah pada gaya dan peribadi
Tidak kurang juga sekental hati besi berani

Lemahnya sering dipandang sebelah mata
Pada wajahnya sering menyejukkan hati
Pada hatinya bisa mencair dan membara
Semangatnya sering diperkotak katik lelaki

Dia punya hati ihsan mahu berbakti
Tidak ramai wanita punya hati cekal berani
Jiwanya kuat bertahan saat ujian getir melanda
Wanita itu tetap teguh berani harungi bersama

Pada hatinya ada sebutir mutiara tersembunyi
Hanya yang bisa menerobos bakal ketemui
Wanita itu membawa semangat serikandi
Bukan mahu mendahului tapi mahu memaknai

Dikirinya wanita, di kanannya wanita
Di depannya wanita dan dibelakangnya jua wanita..
Yang memberi dan menghulurkan ramainya wanita
Wanita ini jiwanya tidak takut miskin memberi

Kerana kalian adalah wanita² terpilih
Selayaknya kamu semua dihargai
Hebatnya wanita kami bukan pada manis bicara
Pada sabar dan berani memperjuangkan ihsan

L.A ✒
#NotaLA
8 Mac 2020

#PIKD
#PIKDM
#SelamatHariWanitaSedunia

Ikuti PIKDM

Tadabbur Al-Quran

Buletin & Aktiviti

Projek Terkini PIKDM

Projek Angkat 2024 Keseluruhan Senarai Projek

Projek Angkat PIKDM 2024

Kami sentiasa menjalankan projek dakwah dan kebajikan. Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan. Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat. Klik pautan kempen dbawah untuk menyumbang.

INFAK SEKARANG
Zakat

Zakat Online

Anda kini boleh membayar zakat secara online dan sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

BAYAR ZAKAT ONLINE

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

(PPM-030-10-18122019)

Pautan

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

5627-4015-5175

© Hak Cipta Terpelihara 2023 - Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia