📌 PERUBAHAN TARIKH📌 – MAJLIS SILATURAHIM BERSAMA PENGINFAK DAN PELANCARAN PIKDM

📌 PERUBAHAN TARIKH📌

Qadarallah wama sha a fa’ala

MAJLIS SILATURAHIM BERSAMA PENGINFAK DAN PELANCARAN PIKDM

DITUNDA KE SATU TARIKH BARU SEPERTI KETETAPAN BERIKUT

💠 Tarikh : 12 April 2020 (Ahad)

💠 Waktu : 2:00pm – 5:00pm

💠 Lokasi : Aras 1, D-Tahta, Central Walk @ I-City Shah Alam.

Majlis ini adalah bertujuan untuk mengumpul tabung Dana kebajikan PIKDM bagi aktiviti program dan misi sepanjang Ramadhan yang bakal tiba nanti.InshaaAllah.

🟤 Antara program yang disusun
merangkumi;

Tajaan Iftar dan Sahur
Sumbangan beras
Sumbangan Dapur Pek
Sumbangan Iftar Pek
Sumbangan duit zakat Asnaf
Sumbangan bijirin
Sumbangan Al Quran & Rehal
Dll sumbangan

🟤 Sasaran Asnaf yang dikenalpasti;

Asnaf Semenanjung Malaysia
Asnaf Sabah & Sarawak
Asnaf Cambodia
Asnaf Rohingya
Asnaf Nigeria
Asnaf Yemen
Kaum Orang Asli
Pesakit di hospital
Gelandangan
Rumah orang² tua
Madrasah/Tahfiz
Dll

Lahawla wala quwata illahbillah…seperti tahun-tahun sebelum ini..program Ramadhan PIKD (dulunya piqd) sentiasa mendapat sambutan dari penginfak² budiman yang sentiasa mahu merebut pahala berganda di bulan ramadhan khususnya, tidak kurang juga permintaan dari yang memerlukan meningkat tinggi untuk dipenuhi.

Di pihak NGO kami, ianya satu tanggungjawab besar untuk memenuhi hasrat itu. Peruntukan bagi program tahun ini telah disusun dan diperkemaskan bagi mencapai matlamat dan sasaran sebelum tibanya ramadhan nanti. Inisiatif mengadakan majlis Hi-Tea ini tidak lain bagi tujuan mengumpul dana ramadhan sekaligus mempergiatkan gerak kerja lebih terarah di pihak kami. Walaubagaimanapun, fokus infak di bulan Ramadhan akan diteruskan seperti lazimnya. InshaaAllah.

Justeru itu, sokongan para penginfak dalam menjayakan majlis yang julung-julung kali bakal diadakan PIKDM ini, sangat sangat diharapkan lagi dihargai setiap sumbangan ikhlas yang disalurkan kepada kami bagi menyampaikan maksud ‘ Ilmu bil amal, Amal bil Ihsan, Dakwah bil hikmah.

Allah SWT berfirman:

مَثَلُ الَّذِيْنَ يُنْفِقُوْنَ اَمْوَا لَهُمْ فِيْ سَبِيْلِ اللّٰهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ اَنْۢبَتَتْ سَبْعَ سَنَا بِلَ فِيْ كُلِّ سُنْۢبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَا للّٰهُ يُضٰعِفُ لِمَنْ يَّشَآءُ ۗ وَا للّٰهُ وَا سِعٌ عَلِيْمٌ

“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.”
(QS. Al-Baqarah 2: Ayat 261)

Jazakumullahhu khayran Khatira. Semoga Allah merahmati para penginfak budiman yang senantiasa menyokong usaha kecil kami ini.

Sebarang pertanyaan boleh rujuk:
Project Manager
Pn Asiera 018 2514716

Juga boleh dihubungi;
Lynnda Abbas – 013 3709583
Haleiza Ismail – 016 2094367
Nani Annuar – 010 8054511

Untuk pembayaran bagi pembelian meja/tiket, sila salurkan ke akaun yang tertera dibawah;

MAYBANK AKAUN
5627 4015 5175
dibawah nama
Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia.

Lynnda Abbas
Pengerusi PIKDM

Website PIKDM
https://www.pikdm.org.my/

#BuletinPikdm
#BroadcastNewsPIKD
#MajlisHiTeaPikdm

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

(PPM-030-10-18122019)

Pautan

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

5627-4015-5175

© Hak Cipta Terpelihara 2023 - Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia