Rumah Pak Amin Yang Kini

Alhamdulillah rumah Pak Amin kini siap sepenuhnya, berwajah baru. Dulu bumbung zink rumahnya banyak yang bocor kini sudah diganti dengan bumbung yang lebih berkualiti dan jangka hayat yang lebih lama. Dinding rumahnya yang dulunya zink sepenuhnya yang berkualiti murah lagi berkarat dan ditambahi bahang panas dirasai menyengat saat tengahari terik. Tingkap yang dulunya tidak berdaun kini sudah ada tingkap cermin yang melindungi tempias hujan dan nyamuk.

Buat pertama kalinya Rumah Pak Amin diterangi cahaya lampu. Sebelum ini Pak amin tidak mampu memiliki sebuah generator. Malam gelap luar dan dalam rumah adalah perkara biasa buat penghuni rumah ini. Kini anak isterinya boleh menikmati malam bercahaya dan berkipas. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. Atas prihatin para penginfak PIKDM jugalah rumah ini diambil sebagai projek baikpulih yang terpilih. Allah jua yang mempermudahkan urusan.

Jazakumullahhu khayran buat team MADS Pulau Jambongan terutamanya cikgu Azam Hashimuddin (Pengerusi Mads) yang mewakili PIKDM untuk projek baikpulih rumah pak amin ini disempurnakan seperti yang diharapkan.

Barakallahhufeekum buat para penginfak PIKDM yang budiman.

Teruskan menyumbang bersama PIKDM.

#PIKDM
#MADS
#RumahPakAminPJambongan
#ProjekBaikpulihRPA
#Kebajikan

   

   

Ikuti PIKDM

Tadabbur Al-Quran

Buletin & Aktiviti

Projek Terkini PIKDM

Projek Angkat 2024 Keseluruhan Senarai Projek

Projek Angkat PIKDM 2024

Kami sentiasa menjalankan projek dakwah dan kebajikan. Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan. Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat. Klik pautan kempen dbawah untuk menyumbang.

INFAK SEKARANG
Zakat

Zakat Online

Anda kini boleh membayar zakat secara online dan sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

BAYAR ZAKAT ONLINE

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

(PPM-030-10-18122019)

Pautan

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

5627-4015-5175

© Hak Cipta Terpelihara 2023 - Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia