Misi 1000 Kampit Beras Selangor & Sabah

27 November 2020 Agihan 300 kampit beras 10kg kepada 300 kommuniti Rohingya Ampang Selangor.

Turut disumbangkan zikir pagi petang Produk PIKDM, garam, minyak dan ‘face masks’ oleh hamba Allah.

Bertanya kami kepada mereka yang hadir mendapatkan beras ini, “dengan beras minyak, garam apa kamu boleh masak? Jawab mereka: “Beras adalah ibarat rezeki paling berharga buat kami, tanpa lauk tidak mengapa, asal ada beras kami boleh hidup untuk masak nasi goreng Rohingya paling penting bahan yang perlu ada cukuplah minyak, garam, dan kunyit sudah boleh dibuat nasi goreng untuk makan sekeluarga” dengan senyum dan syukur setiap kali menerima berita agihan beras buat masyarakat disini. Kali ini kami beri mereka beras berkualiti tinggi pada kos yang memadai.

Untuk gelombang Covid19 kali ke 3, Misi 1000 kampit beras dilancarkan kerana merasakan lebih memadai untuk fokus pada bantuan agihan beras pula, agar nilai sumbangan lebih banyak dapat memberi manfaat pada ramai lagi. Sasaran Dana Misi pada gelombang sebelum ini telah menyaksikan siri demi siri bantuan Dapur Pek diagihkan..kali ini PKPD tidaklah seteruk sewaktu PKP dahulu dimana rakyat tidak boleh keluar mendapatkan keperluan makanan hingga terputus bekalan dan tidak boleh mencari rezeki.

Setiap kali mengagihkan beras mahupun keperluan lain pada kaum Rohingya ini, kelihatan kesanggupan mereka datang berjalan kaki, beratur panjang dan menunggu bantuan diberi tanpa merungut mengeluh menjinjing beras dibawa pulang jelas kelihatan nilai sekampit beras sangat besar erti bagi mereka ini.

Rata² mereka ini bekerja mencari rezeki dengan mengutip besi buruk, plastik dan tin, kerja buruh gaji hari mengikut upah yang dapat. Mereka juga insan walau bergelar pelarian. Hak mereka juga ada atas rezeki kita. Kita santuni yang bergelar warganegara mahupun yang bukan warganegara.

Mungkin ada yang melihat luaran rumah ini lalu bersangka² ” besarnya rumah mereka tinggal menyewa ini ya?” Walhal! dalam rumah ini ada 5 keluarga yang menginap dan menyewa, Ruang tamu pula anak² bujang yg tidur. Ada pula seorang pesakit tua yang uzur menumpang tinggal disitu akibat tiada siapa mahu jaga dan pelihara, tidak mampu mahu sewa rumah makanya kaum mereka yang punya ihsan bantu tumpangkan pesakit tua yang uzur ini tinggal disitu mengambil bahagian di ruang tamu yang tidak perlu dibayar sewa.

Bukan mudah melihat masyarakat bantu masyarakat tanpa ada talian darah namun semangat mereka mahu bantu masyarakat kaum mereka sangat tinggi nilai ihsan mereka berbanding kita barangkali. Waullahhualam.

Jazakumullahhu khayran buat penginfak penginfak budiman.

Bantu kami untuk bantu ramai lagi. Teruskan menyumbang bersama PIKDM.

Barakallahhufeekum.

#PIKDM
#Misi1000kampitberas
#ProgramAgihanBantuanBeras
#Rohingya
#Kebajikan

   

   

   

         

       

     

     

 

Media Sosial PIKDM

Jom Infak

Projek Angkat

Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan.

Infak Bulanan

Hulurkan bantuan
anda bagi
mereka yang
memerlukan.

Sumbangan
One-Off

Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat.

Zakat Online

Sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

Favicon Pikdm

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
(PPM-030-10-18122019)

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
5627-4015-5175

Jumlah Pelawat : 56042
© 2024 – Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PPM-030-10-18122019)