RM Seringgit Sedekah Tetap Punya Nilai Tinggi Di Sisi Allah

“Saya tak mampu nak infak!….tapi saya mahu berinfak”

Bagaimanakah perasaan kita saat mendengar akan hal itu?

Apa pula kata hadits ini:

Peliharalah Diri Kalian dari Api Neraka Sekalipun Hanya Dengan Sebutir Kurma dan Sedikit Yang Dikeluarkan Sudah Dianggap Sedekah

No. Hadist: 1326 (Bukhari)
حَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا أَبُو النُّعْمَانِ الْحَكَمُ هُوَ ابْنُ عَبْدِ اللَّهِ الْبَصْرِيُّ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ سُلَيْمَانَ عَنْ أَبِي وَائِلٍ عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ لَمَّا نَزَلَتْ آيَةُ الصَّدَقَةِ كُنَّا نُحَامِلُ فَجَاءَ رَجُلٌ فَتَصَدَّقَ بِشَيْءٍ كَثِيرٍ فَقَالُوا مُرَائِي وَجَاءَ رَجُلٌ فَتَصَدَّقَ بِصَاعٍ فَقَالُوا إِنَّ اللَّهَ لَغَنِيٌّ عَنْ صَاعِ هَذَا فَنَزَلَتْ } الَّذِينَ يَلْمِزُونَ الْمُطَّوِّعِينَ مِنْ الْمُؤْمِنِينَ فِي الصَّدَقَاتِ وَالَّذِينَ لَا يَجِدُونَ إِلَّا جُهْدَهُمْ { الْآيَةَ

Telah menceritakan kepada kami ‘Ubaidullah bin Sa’id telah menceritakan kepada kami Abu An-Nu’man Al Hakam dia adalah putra dari ‘Abdullah Al Bashriy telah menceritakan kepada kami Syu’bah dari Sulaiman dari Abu Wa’il dari Abu Mas’ud radliallahu ‘anhu berkata; “Ketika ayat shadaqah turun, kami berlomba-lomba, lalu datanglah seseorang dengan membawa shadaqah yang banyak dan orang-orang berkata, ia orang yang pamer. Kemudian datanglah seseorang lalu ia bershadaqah dengan satu sha’. Orang-orang berkata; “Sesungguhnya Allah lebih kaya daripada satu sha’ ini”. Maka turunlah aya QS At-Taubah ayat: “Alladziina yalmizuunal muththawwi’iina minal mu’miniina fishshadaqati walladziina laa yajiduuna illa juhdahum”. (“Orang-orang (munafik itu) yang mencela orang-orang beriman yang memberi sedekah dengan sukarela dan (mencela) orang-orang yang tidak memperoleh (untuk disedekahkan) selain sekedar kesanggupannya”).

Apa pula pengajaran dari hadist ini yang boleh kita ambil manfaat?

Pengajaran hadist ini:
1. Semangatnya para sahabat dalam urusan sedekah setelah mendengar firman Allah, walaupun mereka sangat miskin dan tiada untuk diri mereka sendiri.
2.Larangan jangan menghina atau merendahkan bab sedekah walaupun jumlanya tidak banyak.
3. Anjuran agar kita berusaha cari pekerjaaan sendiri sepertimana perbuatan sahabat pergi ke pasar untuk dapatkan rezeki dan terus sedekah.
4. Jangan jadi penghalang kebaikan jika kita tak dapat berikan kebaikan kepada orang, seperti perbuatan orang munafiq dalam hadith ini
والله أعلم

#PIKDM
#ChannelIlmuPIKDM
#Infakjumaat
#MampuInfak

=======================================
ONLINE INFAK https://www.pikdm.org.my/donations/mi/

MAYBANK AKAUN PIKDM
5627 4015 5175
dibawah nama Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
=======================================

Website PIKDM https://www.pikdm.org.my/
FB Page PIKDM https://m.facebook.com/pikdmalaysia
Like/Follow Instagram PIKDM https://www.instagram.com/pikd_malaysia
Join PIKD Broadcast List https://broadcastpikd.wasap.my

Ikuti PIKDM

Tadabbur Al-Quran

Buletin & Aktiviti

Projek Terkini PIKDM

Projek-Angkat-2023-8

Projek Angkat PIKDM 2023

Kami sentiasa menjalankan projek dakwah dan kebajikan. Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan. Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat. Klik pautan kempen dbawah untuk menyumbang.

INFAK SEKARANG
Zakat

Zakat Online

Anda kini boleh membayar zakat secara online dan sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

BAYAR ZAKAT ONLINE

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

(PPM-030-10-18122019)

Pautan

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

5627-4015-5175

© Hak Cipta Terpelihara 2022 - Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

Buku-zikir-Beli-Infak-Floating