Projek Wakaf Kantin Sekolah WEDO Phum Thmey Cambodia

Alhamdulillah telah disempurnakan:
Wakaf Kantin Sekolah WEDO Phum Thmey Cambodia

Sekian lama Sekolah ini tidak mempunyai kantin. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah akhirnya tempat murid makan dan duduk lebih selesa..sebelum ini murid² akan makan dan rehat di tepi² bangunan sekolah dan dimana yang sempat sahaja…kini barulah lengkap bila terbinanya sebuah kantin sebaguna ini..bukan sahaja bakal dimanfaatkan sebagai kantin Sekolah, bakal juga dimanfaatkan sebagai Kelas Tambahan dan Dewan Serbaguna bila perlu.

Sekolah Wedo ini merupakan sekolah swasta yang dibangunkan Pengasasnya Ust Zahry Ismael bagi memberi pendidikan akademik dan agama secara percuma pada anak² asnaf di kg Phum Thmey yang rata² tidak mampu menyekolahkan anak² mereka. Semoga Allah berkati usaha beliau dan para² guru. Barakallahufeekum.

Antara projek PIKDM bersama Sek Wedo sebelum ini:
1.Projek bina 2 kelas tambahan murid.
2. Projek turap tanah Sekolah.
3.Baikpulih tandas dan tempat wudhu serta bumbung sekolah yang rosak.
4. Pemasangan elektrik bagi sekolah
5. Program Korban setiap tahun
6. Misi² bantuan kemanusiaan.

Jazakumulllahhu khayran buat para penginfak PIKDM yang budiman. Semoga Allah merahmati dan berkati rezeki para penginfak.

Klik LinkTree untuk pautan penuh rangkaian PIKDM.
https://linktr.ee/PIKDM

https://www.facebook.com/pikdmalaysia/videos/254017409952729

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

(PPM-030-10-18122019)

Pautan

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

5627-4015-5175

© Hak Cipta Terpelihara 2023 - Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia