[23 Oktober – 13 November ]
22 Hari yang menguji Sabar dan Syukur Alhamdulillah akhirnya selamat sampai Kak Yus Ain Wikanto ke Destinasi kg halaman yang dinanti²kan anak² di Medan Indonesia dalam debar dan risau selagi bondanya tidak sampai kepangkuan keluarga.. kepulangan bonda tercinta yang dinanti²kan akhirnya selamat tiba..Alhamdulillahhillazi binikmatihi thotimmussolihaat..kami dari team PIKDM yang sentiasa menanti keputusan yang menenangkan bakal kami terima setiap kali Pn Yus hantar pesanan suara.
Proses penghantaran pulang dari KL ke Jakarta telah diuruskan PIKDM dengan kerjasama Kedutaan Indonesia di Malaysia pada tanggal 23 Oktober tarikh penghantaran pulang Pn Yus yang diambil dengan ambulance di kediamannya hingga ke KLIA kita hantar dan uruskan kepulangan beliau….manakala di Jakarta diurus sepenuhnya kedutaan dari Indonesia disana dan wakil NGO disana..dipantau team MEDIK disana..namun banyak juga kelemahan disana sini yang tidak dapat dielakkan, Qadarallah wama sha a’ fa’ala..hari ke hari tiada jawapan untuk penghantaran pulang beliau dari Jakarta ke Medan kerana pesawat yang pulang ke Medan belum cukup pemumpang dan begitulah jawapan yang diterima dari sana walau tempoh kuarantin telah tamat..makanya menanti dengan sabar yang termampu dibuatnya..keadaan fisikalnya yang perlu merangkak untuk ke bilik air di pusat kuarantin sesuatu yang mencabar bagi beliau..namun itulah ujian yang perlu dihadapi kak yus ain wikanto..dimaklumkan beberapa hari sebelum diterbangkan ke Medan beliau tidak mandi berhari hari katanya..Allahhu!..
Pelbagai ujian yang tak tergambar kami bila hari² kak yus melaporkan keadaan beliau disana yang terpaksa melalui proses kuarantin yang lama diteruskan lagi tempoh kerana pesawat masih belum dijadualkan buat beliau.. dengan keadaan fisikalnya yang tidak mengizinkan pergerakan..tak terbayang kami..namun kami maklum ada team MEDIK Indonesia yang sentiasa ada disana memantau ramainya kemasukan rakyat Indonesia yang masuk ke negara itu perlu di kuarantin mengikut SOP yang ditetapkan sebelum transit ke destinasi seterusnya..
Insiden kerusi roda wakaf PIKDM hilang beberapa hari sewaktu di pusat kuarantin yang membuatkan beliau kesedihan dan kemurungan berhari² memikirkan kerusi roda itulah yang sangat diperlukan tika itu. Pn Nani yang saban hari dihubungi melalui voice chats terpaksa melalui tugasan yang perlukan kesabaran dan kekuatan mental dan emosi untuk menyantuni kes sebegini bukan semudah yang dilihat para penginfak.
Alhamdulillah akhirnya kerusi roda diketemui dengan bantuan team PIKDM hantarkan rupa gambar kerusi roda yang diwakafkan PIKDM kepadanya ..mungkin ada yang ingat itu kerusi roda team medik disana.
Sumbangan infak ya mungkin mudah kita lancar kutip serahkan..namun kerja² di belakang tabir yang perlu dihadapi team PIKDM tidaklah seindah yang dilihat dan disangka..ada team yang trauma dan turut terheret kemurungan kerana kes yang kita hadap ini perlu diselesaikan sehingga kes benar² selesai..
Apapun kami bersyukur sangat kes kak yus ini dapat diselesaikan akhirnya..beliau selamat sampai ke pangkuan keluarga adalah berita yang sangat mengembirakan kami.
Jazakumullahhu khayran dan Terimakasih tidak terhingga kami buat seluruh team PIKDM yang tidak mengenal lelah dan penat..terutamanya Pn Nani yang memegang tanggungjawab menyantuni kes Pn Yus Ain Wikanto ini..para penginfak PIKDM yang sentiasa ptihatin dan terus mahu bantu insan² yang memerlukan..
Barakallahufeekum. Semoga Allah merahmati kita semua.
Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman:
اَمْ حَسِبْتُمْ اَنْ تَدْخُلُوا الْجَـنَّةَ وَ لَمَّا يَأْتِكُمْ مَّثَلُ الَّذِيْنَ خَلَوْا مِنْ قَبْلِكُمْ ۗ مَسَّتْهُمُ الْبَأْسَآءُ وَا لضَّرَّآءُ وَزُلْزِلُوْا حَتّٰى يَقُوْلَ الرَّسُوْلُ وَا لَّذِيْنَ اٰمَنُوْا مَعَهٗ مَتٰى نَصْرُ اللّٰهِ ۗ اَ لَاۤ اِنَّ نَصْرَ اللّٰهِ قَرِيْبٌ
“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).”
(QS. Al-Baqarah 2: Ayat 214)
23 Oktober 2021
https://www.facebook.com/103032411195021/posts/429758648522394/
Klik LinkTree untuk pautan penuh rangkaian PIKDM.
https://linktr.ee/PIKDM
#PIKDM
#misikemanusiaan
#FileAsnafPnYusAinWikanto
https://www.facebook.com/pikdmalaysia/videos/pcb.441996887298570/1867089616826911
https://www.facebook.com/pikdmalaysia/videos/pcb.441996887298570/624172212261182