Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.. dengan terlaksananya pemasangan wakaf tangki yang ke 100 untuk Siri 10.0 sekaligus telah melengkapkan 100 sasaran tangki wakaf di Pulau Jambongan Sabah untuk tahun 2020.
Ingin kami menyorot sedikit tulisan awal perkongsian sewaktu mula² kami memperkenalkan wakaf tangki air di P.Jambongan ini.
Disaat musim kemarau, air empangan mula menyusut dan air terkadang sedikit terganggu hingga terpaksa dicatu catu. Diuji juga saat air loji kotor lagi tercemar, Air tangki rumah mula mengering, bekalan air terputus berhari hari, serba tak keruan orang bandar yang sudah terbiasa hidup bermandi, minum, basuh dan sebagainya dari sumber air paip yang terus sampai kerumah masing². Bertuah kita yang punya nikmat serba ada pun terkadang mengeluh panjang bila terputus bekalan air. Baru tahu erti syukur dan jimat saat tiada.
Bagi yang tinggal di ceruk pendalaman seperti di Pulau Jambongan Sabah, masaalah bekalan air terputus bukanlah berpunca dari air empangan yang menyusut mahupun perigi mengering..masaalah yang sering dihadapi mereka adalah kemarau yang bermusim antara bulan Januari hingga Jun kebiasannya, disebabkan musim kemarau yang panjang dengan tangki tadahan hujan yang tidak dapat menampung keperluan pengguna. Lebih menyukarkan lagi kehidupan harian mereka, pabila kekurangan tangki untuk menampung tadahan air hujan sepanjang musim kemarau melanda.
Bagi penduduk di kawasan pendalaman sabah di Pulau Jambongan ini, hidup mereka bersumberkan air tadahan hujan sejak zaman berzaman menggunakan sistem tadahan air hujan bertangki, ianya bukan perkara pelik dan menyusahkan hidup mereka. Mereka terus hidup seperti biasa dari sumber air yang turun dari langit itulah rezeki berharga buat mereka.
Bila difikirkan kembali tiada bezanya air paip yang sampai kerumah kita dan air tadahan hujan bertangki yang digunapakai mereka..sumbernya sama sahaja dari air hujan juga..cumanya air hujan empangan melalui proses perawatan air sebelum disalurkan kerumah rumah masing-masing.
Kenapa tidak dibina perigi sahaja? Pasti ada yang bertanya hal ini.. kami jawab mudah sahaja..Keperluan Tangki lebih bermanfaat dan lebih diperlukan penduduk berbanding perigi…untuk pembinàan perigi di pulau kebiasannya menghadapi banyak kegagalan dan kos yg besar utk sebiji perigi yang belum tentu lagi ia berfungsi dengan baik dan kekal lama..
Tangki air sistem tadahan hujan merupakan sumber yang terbaik setakat ini di kepulauan ini.
PIKDM telah memulakan Projek Wakaf Tangki ini bermula seawal Januari 2020 dan mensasarkan 100 tangki bakal kami pasang di setiap rumah, surau dan masjid yang memerlukan.
Alhamdulillah dengan izinNya jua 100 tangki berjaya diwakafkan.
Kini siri 11.0 sedang berjalan dan InshaaAllah diteruskan projek ini selagi Allah izinkan rezeki buat mereka disana. InshaaAllah dipermudahkanNya.
Kos bagi setiap satu tangki adalah RM1,800 termasuk kos pengangkutan menaiki lori,kapal, kos tempat letak tangki, kos upah, pancuran air, dan lain² kos lain yang terlibat.
Jazakumullahhu khayran buat Team MADS Pulau Jambongan
diatas pengurusan yang efisien selama mengendalikan projek tangki ini.
Barakallahhufeekum buat para penginfak budiman yang terus memberi kepercayaan dan sokongan demi mencari RedhaNya.
Fastabikhul Khairat! Teruskan menyumbang bersama PIKDM.
Lynnda Abbas
Pengerusi PIKDM
#PIKDM
#Mads
#MisiWakafTangki10.0
#100TangkiPJambongan
#Siri10TangkiPJ
#Kebajikan