Bantuan Dapur Pek Covid19 PIKDM di Kota Kinabalu, Sabah

Alhamdulillah jazakumullahhu khayran semalam wakil PIKDM di Kota Kinabalu Sabah, saudara Hisham Hashimudin (Graduan akhir UMS) yang turun membantu agihan bantuan PIKDM di Kota Kinabalu. Semoga Allah merahmati jasa bantuan kalian yang meringankan beban orang² yang memerlukan. Semoga bantuan yang sampai ini dapatlah kiranya meringankan sedikit beban buat keluarga² yang terputus bekalan dan tidak mendapat perhatian langsung.

Kami tidak mampu bantu semua, kami bantu semampunya. Pada Allah kita mohon pertolongan dan bergantung harap. Andai rezeki itu ada buat yang memerlukan, DIA jua yang mempermudahkan urusan untuk sampai. Jarak bukan alasan untuk bantuan sampai.

Kita jaga kita, Allah Jaga Kita, Kita bantu mereka, Allah Allah bantu kita semua. Kita mahu menang perangi Covid tapi Allah mahu kita menang perangi nafsu. Ambillah hikmah dari Musibah Covid ini.

Ambil prihatin pada yang benar² memerlukan. Bagi yang sudah disantuni, elakkan sifat tamak mahu memiliki selagi boleh dari lain² NGO dan individu hingga hak orang lain dirampas. Ada ramai lagi yang memerlukan. Kita kongsi bersama agar sikit sama sikit dirasai..banyak sama banyak dirasai. Semoga Allah merahmati kita semua.

Barakallahhufeekum

#PIKDM
#DapurPekPIKDM
#DPCKK
#Covid19

            

Ikuti PIKDM

Tadabbur Al-Quran

Buletin & Aktiviti

Projek Terkini PIKDM

Projek Angkat 2024 Keseluruhan Senarai Projek

Projek Angkat PIKDM 2024

Kami sentiasa menjalankan projek dakwah dan kebajikan. Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan. Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat. Klik pautan kempen dbawah untuk menyumbang.

INFAK SEKARANG
Zakat

Zakat Online

Anda kini boleh membayar zakat secara online dan sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

BAYAR ZAKAT ONLINE

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

(PPM-030-10-18122019)

Pautan

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

5627-4015-5175

© Hak Cipta Terpelihara 2023 - Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia