Projek Ramadhan Iftar Pek

RAMADHAN IFTAR PEK

PIQD (kini PIKDM) tahun ini meneruskan tempahan iftar pek bersama DIMA Restaurant disebabkan harga yang berpatutan dan kesedapan Nasi Arab yang tiada ungkapan kesedapannya.

Kami berpuashati dapat menghidangkan pek iftar ramadhan yang berkualiti sedap ini, disaat saat ada asnaf yang bukan sahaja jarang menikmati nasi arab, malah ada yang baru pertama kali menikmati..rasa terharu itu membuatkan kami mahu repeat lagi tahun ini. Bi idznillah.

Di bulan ramadhan yang penuh keberkatan inilah peluang berganda ganda mahu diraih. Dalam kita sibuk fokus ibadah kita semata mata..jangan lupa ibadah kita yang melibatkan manusia..ada hak yang perlu diberi..ada rezeki yang patut dikongsi..

Semoga kita semua diizinkanNya bertemu Ramadhan yang bakal tiba nanti..semoga ibadah kita lebih baik dari sebelumnya…begitu jugalah sedekah kita..semoga lebih berkualiti dan lebih dihayati erti memberi seikhlas hati. InshaaAllah rezeki yang keluar pasti ada gantinya oleh si Pemberi rezeki. Yakinlah pada janji Allah.

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda;

مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا
“Siapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun juga.” 
(Shahih HR Tarmizi)

Sasaran tajaan 1000 orang

Kategori:

  • Rumah anak2 yatim
  • Madrasah Tahfiz
  • WargaTua/OKU
  • Gelandangan
  • Pesakit di hospital
  • Komuniti Rohingya

#PIQD kini #PIKDM
#Piqd(kini PIKDM)IftarPek
#PIQD(kini PIKDM)RR
#PIQD(kini PIKDM)DIMANasiArabPek

Media Sosial PIKDM

Jom Infak

Projek Angkat

Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan.

Infak Bulanan

Hulurkan bantuan
anda bagi
mereka yang
memerlukan.

Sumbangan
One-Off

Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat.

Zakat Online

Sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

Favicon Pikdm

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
(PPM-030-10-18122019)

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
5627-4015-5175

Jumlah Pelawat : 49602
© 2024 – Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PPM-030-10-18122019)