Masjid Khaleed Al Waleed dirasmikan pada Jumaat 2 April 2021.
Lokasi : Ibadan Nigeria
Masjid Khaleed Al Waleed ini telah diberi nama sebagai Masjid Khaleed Al Waleed sejurus selepas penginfak perigi Dunia Dakwah MGS berminat untuk ambil projek wakaf ini pada penghujung tahun lepas. Namun diteruskan projek ini pada Mac baru ini.
Masjid ini merupakan projek terbengkalai yang diambil projek ini oleh Dunia Dakwah MGS, Keluarga Mokhtar dan individu² lain untuk disempurnakan masjid ini, berharap dapat dimanfaatkan sebelum Ramadhan ini.
RM19,200 telahpun diinfakkan bagi projek ini dari grup Dunia Dakwah MGS, Keluarga Mokhtar, sahabat² untuk kos ubahsuai dan Infak Quran/Rak.
P.A system, Generator dan kos penambahan telah diinfakkan oleh penginfak² dari ahli PIKDM sebanyak RM9,300 tambahan lagi dicukupkan.
Jumlah keseluruhan bagi kos ubahsuai dan lain² kos dianggarkan sebanyak RM28K++ untuk dinamakan ‘masjid’ dan boleh memuatkan Jemaah seramai lebih kurang 80-100 orang.
Penduduk di Ibadan Nigeria ini sangat teruja untuk merasmikan masjid ini secepat yang mungkin sebelum Ramadhan tiba dan kerja pembinaan dilakukan segera sejurus pihak PIKDM membuat bayaran awal. Kerja dilakukan dengan sangat cekap dan pantas kerana mahu memberi manfaat digunakan bagi tujuan solat, tarawih, iftar dan kelas pengajian.
Ahamdulillah thumma Alhamdulillah. Jazakumullahhu khayran buat Pn Zoe Mokhtar yang mewakili Dunia Dakwah MGS dan Keluarga Mokhtar yang terawal telah bersetuju untuk mengambil projek terbengkalai ini, sekaligus memudahkan urusan dana kutipan PIKDM disamping memberi peluang penginfak yang lain untuk turut sama menyumbang pada projek ini.
Barakallahhufeekum buat para penginfak yang menjayakan projek ini. Semoga Allah terima amal kita semua.
Teruskan menyumbang!!
SELAMAT BERINFAK!!
======================
MAYBANK AKAUN PIKDM
5627 4015 5175
dibawah nama
Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
Klik LinkTree untuk pautan penuh rangkaian PIKDM.
https://linktr.ee/PIKDM
======================
#PIKDM
#MasjidKhaleedAlWaleed
#IbadanNigeria