PELAJAR MADS TERPILIH KE SMK AGAMA TUN JUHAR, SANDAKAN, SABAH

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah

Tahniah buat 4 pelajar dari Sek Malalain Pulau Jambongan yang juga merupakan pelajar Mads.

Sekaligus mengharumkan nama Sek Malalain dan Madrasah Darus Sunnah (MADs) dan berita gembira buat para penginfak PIKDM.

Walau jauh di pendalaman serba kekurangan tanpa air dan elektik, bertahun² hidup membesar dengan sumber air hujan memenuhi tangki yang serba terhad serta sumber solar dan Generator sebagai pilihan yang ada, namun anak² disini masih mampu menjadi anak² yang berjaya dalam pendidikan dan agama. InshaaAllah mereka² ini bakal menjadi pelapis MADS suatu hari nanti dan bakal menjadi orang² yang bermanfaat buat ummah.

4 org pelajar ini adalah rekod pertama dalam sejarah Kg Malalin dapat masuk SMK Agama, sebelum ini hanya pelajar dari Kg Hujung dan Kg Bahanan yang terpilih masuk ke SMKA. Mereka ini juga adalah pelajar² di MADS Pulau Jambongan yang merupakan Projek Angkat PIKDM.

Semalam 4 pelajar sampai ke Sandakan bersama bapa masing² dan Guru Besar Sek Malalain (Cikgu Hassan) turut menemani bersama.

4 pelajar Mads menaiki Bot sewa Khas dari Pulau Jambongan ke Jeti Paitan pagi Ahad dan bergerak menaiki kenderaan darat dari jeti Paitan ke Sandakan (300km) mengambil masa perjalanan 4-5jam untuk sampai ke Sandakan.

2 buah kereta disewa khas untuk dibawa pelajar dan penjaga ke Sandakan dan bermalam sehari di sandakan sebelum pelajar daftar masuk Asrama SMKA Tun Juhar esok hari.Perjalanan yang penuh cabaran dan kos yang tinggi menjadi kerisauan setengah penjaga saat mahu hantar anak mereka belajar ke Sek Agama ini.

Alhamdullillah PIKDM telah menaja:

1. Pengangkutan pergi dan balik bagi bot dan kenderaan darat.
2.Sumbangan wang saku bagi keperluan pelajar

Alhamdulillah,
Ibu bapa mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada PIKDM atas sumbangan yang diberikan.

Jazakumullahhu khayran buat Cikgu Azam Hashimudin Pengerusi Mads dan Ust Imran Tim Pengerusi Mads untuk serahan sumbangan mewakili para penginfak PIKDM.

PIKDM mengucapkan TAHNIAH buat guru² yang mendidik 4 pelajar ini, semoga 4 pelajar ini berjaya menjadi orang yang bermanfaat buat Ummah.

Barakallahhufeekum.

PIKDM
=======================
MAYBANK AKAUN
5627 4015 5175
dibawah nama
Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

#PIKDM
#Mads
#SMKATJ

Media Sosial PIKDM

Jom Infak

Projek Angkat

Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan.

Infak Bulanan

Hulurkan bantuan
anda bagi
mereka yang
memerlukan.

Sumbangan
One-Off

Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat.

Zakat Online

Sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

Favicon pikdm

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
(PPM-030-10-18122019)

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
5627-4015-5175

Jumlah Pelawat : 66968
© 2025 – Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PPM-030-10-18122019)