Skip to content
Buletin & aktiviti

Projek Bina Asrama Madrasah PIKDM Nigeria 2022

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Madrasah PIKDM di Falana Ibadan Nigeria yang dirasmikan pada 2 Oktober 2021 kini hampir setahun usia Madrasah ini yang dapat dilihat perkembangan pembelajaran sangat memberangsangkan serta komitmen para guru yang sangat memuaskan.

Sejak awal tahun lagi mereka berhajatkan 4 bilik asrama untuk menempatkan pelajar luar daerah seramai 30 orang yang telah berdaftar namun kemasukan mereka tidak dapat diterima kerana tiada asrama disediakan lagi.

Melihat akan keperluan mendesak serta komitmen para guru yang komited, PIKDM bersetuju membina 2 bilik asrama bertaraf sederhana bagi menempatkan kemasukan 30 pelajar luar daerah yang sangat mengharapkan kemasukan ke Madrasah ini.

Harapan mereka agar dapatlah dibina seberapa segera asrama ini untuk manfaat pelajar dan guru. Peluang amal jariah dibuka seluas luasnya buat para penginfak terus mahu menuai saham akhirat.

Semoga dipermudahkanNya. Bi idznillah..

Sila Klik link INFAK disini : https://www.pikdm.org.my/donations/asrama-madrasah-nigeria

ATAU ke akaun

5627 4015 5175 – Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

Kongsi post ini

Ada pertanyaan?

Hubungi Team PIKDM

Sebarang pertanyaan, sila hubungi kami melalui WhatsApp.

Floating Image