Sertai Ibadah Korban Bersama PIKDM 1446H / 2025

Hari
Jam
Minit
Saat

Bukan Ilmu Yang Seharusnya Mendatangimu, Tapi Kamu Yang Seharusnya Mendatangi Ilmu

Terdapat banyak ayat al-Quran Allah SWT menggalakkan kita sebagai orang beriman agar bersedekah. Hal ini kerana sedekah adalah merupakan salah satu amalan yang paling dicintai oleh Allah SWT.

Namun begitu, perlu diketahui bahawa sedekah bukan hanya terbatas kepada harta sahaja. Akan tetapi juga meliputi selainnya. Abu Darda’ RA berkata:

Tidaklah seorang hamba bersedekah dengan sedekah yang lebih utama daripada nasihat yang dia nasihatkan kepada saudaranya yang beriman. Maka ketika mereka berpisah daripada majlis itu, Allah telah pun memberikan manfaat kepada mereka dengan nasihat tersebut.

Rujuk Taqi al-Din Abu al-‘Abbas Ahmad bin ‘Abd al-Halim. Majmu’ al-Fatawa (Saudi Arabia: Majma’ al-Malk Fahd li Tiba’ah al-Mushaf al-Sharif, 1995), 4: 42.

Ibn Rajab al-Hambali pula berpandangan:

Sedekah selain menggunakan harta antaranya adalah sebarang manfaat yang kita dapat berikan kepada makhluk Allah SWT yang lain. Perkara ini juga dianggap sebagai sedekah, bahkan kadang-kala ia lebih baik daripada sedekah berbentuk harta.

Contohnya seperti mengajak orang ramai membuat kebaikan dan melarang daripada kemungkaran. Hal ini kerana menyeru agar taat kepada Allah dan meninggalkan maksiat kepadaNya adalah lebih baik daripada manfaat sedekah harta.

Begitu juga dengan mengajarkan ilmu yang manfaat,
mengajarkan al-quran, menghilangkan gangguan yang ada di jalan, berusaha memberi manfaat kepada orang lain, menghilangkan kesusahan orang lain dan demikian juga berdoa dan istighfar untuk semua muslim juga termasuk dalam kategori sedekah.

———-

Sumbangan bagi tajaan majlis ilmu boleh disalurkan terus melalui link dibawah.

Infaq potongan bulanan secara autodebit : https://infaqbulanan.pikdm.org.my

Infaq Tabung Dana Kuliah : https://infaqsubuh.pikdm.org.my

ATAU ke akaun

5627 4015 5175Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

Media Sosial PIKDM

Jom Infak

Projek Angkat

Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan.

Infak Bulanan

Hulurkan bantuan
anda bagi
mereka yang
memerlukan.

Sumbangan
One-Off

Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat.

Zakat Online

Sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

Favicon pikdm

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
(PPM-030-10-18122019)

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
5627-4015-5175

Jumlah Pelawat : 68603
© 2025 – Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PPM-030-10-18122019)