Program SENASIB (Sedekah Nasi Bungkus) Minggu Ke-2 di Pulau Pinang

Assalamualaikum Lynnda.. Today menu for our friends (gelandangan)
Nasi lemak set, wt rendang ayam, bubur pulut hitam, mineral water.
Ada lagi balance duit zakat, will distribute to those yang belum dapat lagi next week in shaa Allah.

===================================
Laporan diterima semalam dari wakil team SENASIB PIKDM di Pulau Pinang Puan Su Begum dan suaminya Bro Rafael yang melakukan agihan Projek SENASIB (Sedekah Nasi Bungkus) setiap hari jumaat selepas solat jumaat di sekitar Butterworth dalam radar 10km tempat mereka menetap, gelandangan disini turut terjejas sumber rezeki disaat Covid melanda. Sedikit sumbangan serahan duit zakat juga turut disumbangkan bagi yang layak.

Minggu ini sudah .memasuki minggu kedua jumaat agihan Projek SENASIB dijalankan di Pulau Pinang oleh wakil PIKDM disana. Alhamdulillah rezeki bagi Asnaf dan gelandangan di semenanjung Malaysia untuk tahun 2021 akan cuba disantuni di setiap negeri, InshaaAllah.

Jazakumullahhu khayran buat wakil PIKDM di Pulau Pinang, Pn Sue Begum dan Bro Rafael yang sangat komited menyantuni gelandangan dan Asnaf disana.

Barakallahhufeekum buat para penginfak PIKDM yang sudi menyumbang untuk kutipan dana SENASIB ini.

Teruskan menyumbang bersama kami. Kongsikan kebahagian. Kongsikan sedikit rezeki ang ada untuk mereka yang mungkin tidak mampu membeli walau sebungkus nasi.

Anjuran untuk Bersedekah
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ يَبْلُغُ بِهِ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ قَالَ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى يَا ابْنَ آدَمَ أَنْفِقْ أُنْفِقْ عَلَيْكَ وَقَالَ يَمِينُ اللَّهِ مَلْأَى وَقَالَ ابْنُ نُمَيْرٍ مَلْآنُ سَحَّاءُ لَا يَغِيضُهَا شَيْءٌ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ
528. Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Allah SWT berfirman, ‘Hai manusia berinfaklah, niscaya Aku akan berinfak kepadamu.” Beliau bersabda, “Janji Allah akan terus mengalir (Ibnu Numair berkata: memenuhi) melimpah ruah sepanjang malam dan siang hari tanpa kekurangan sedikitpun” {Muslim 3/77}

Infak Senasib klik disini. https://www.pikdm.org.my/donations/senasib/

KLIK DISINI UNTUK AKSES PENUH LINK PIKDM https://linktr.ee/PIKDM

     

     

     

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

(PPM-030-10-18122019)

Pautan

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

5627-4015-5175

© Hak Cipta Terpelihara 2023 - Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia