Laungan Pendidikan Untuk Semua

Mahu sampaikan ilmu tapi perlu ada gurunya, mahu adakan guru yang mujahadah bantu agama Allah bukan diminta bayar tinggi..cukup sekadarnya.

Guru yang kami taja di Cox’s Bazar Bangladesh RM270 cuma sebulan kos gaji guru yang PIKDM taja seramai 13 orang di 5 Madrasah tajaan PIKDM seramai 400 murid mendapat manfaat ilmu percuma dari 13 orang guru yang ditaja PIKDM. Para guru ini mujahadah mengajar dari asal madrasah berbumbungkan buluh, kayu dan plastik, berlantaikan tanah dan kini sudah di simen dan berbumbungkan zink dianggap mewah sudah.

Semangat murid mahu terus isi dada dengan Al quran dan ilmu yang boleh menyelamatkan mereka dari kejahilan telah membuatkan Projek Angkat PIKDM ini terus mahu melahirkan anak² yang tersisih dari dunia luar yang menjanjikan masa depan yang lebih baik diberi bantuan dan perhatian..mereka tetap disitu membesar sebagai pelarian, namun mujahadah para guru dan murid disana sangat hebat jiwa mereka. Kita tetap disini dalam serba keselesaan hanya diuji sedikit nikmat ilmu kita sudah rasa banyak yang tercicir. Bagaimana mereka yang sekian lama serba tercicir?

Kenapa PIKDM memilih pelarian, pendalaman, terpencil, tercicir, tiada akses eletrik dan air paip untuk dibantu? Kerana mereka tetap mahukan ilmu. Kemiskinan bukan alasan untuk tidak berjaya. Ada guru yang sanggup mujahadah meninggalkan keluarga di bandar semata² mahu beri khidmat bakti pada masyarakat di pendalaman, perjalanan yang jauh memakan kos yang tinggi, serba kekurangan dan kedhoifan tidak pernah mematahkan semangat mujahadah para guru yang mahu lihat masyarakat mereka celik ilmu. Usaha melahirkan generasi akan datang yang lebih berjaya dunia dan akhirat perlu ada usaha bersama..murid perlukan guru, pendakwah perlukan mad’u, masyarakat perlukan sokongan masyarakat.

Barakallahhufeekum.

Maklumat lanjut boleh dilihat di link ini Borang Projek Angkat PIKDM 2021

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

(PPM-030-10-18122019)

Pautan

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

5627-4015-5175

© Hak Cipta Terpelihara 2023 - Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia