Program PIKDM bersama Penjara Dusun Dato’ Murad 26hb Jun 2020

Buletin PIKDM
27 Jun 2020

Alhamdulillah pada pagi jumaat 26hb Jun yang penuh barakah, bumi melaka dicucuri hujan rahmat, team PIKDM yang terdiri dari Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Bendahari dan ‘Project Manager’ tiba disaat hujan sudah mula reda namun renyai² masih mengiringi kami yang hadir ke penjara Dusun Dato Murad MELAKA pada kali ini untuk satu program Anjuran Yadim dan DDM melaka.

Pengerusi PIKDM Pn Lynnda Abbas dijemput khas untuk berkongsi pengalaman sepanjang menerajui PIKDM dan bagaimana PIKDM mampu melakukan kerja² kebajikan sepanjang tempoh Covid 19, untuk memberi sedikit suntikan dan motivasi buat yang hadir. Antara yang hadir 40 kakitangan Penjara DDM yang menerima sumbangan ihsan kategori B40 dari Yadim.

Turut berlangsung, program PIKDM untuk serahan 20 set rehal & mushaf Al Riyadh. PIKDM juga turut melancarkan projek wakaf RIZQ (Rehal,Iqra,ZikirPagi&petang, Quran Al Riyadh,) sekaligus pada serahan pertama set Wakaf RIZQ kepada Pengarah Penjara Dusun Dato Murad, Tuan Zamzuri Ghani turut disaksikan Ust Mohammad Sufian Talib Pegawai Agama Penjara Dusun Dato Murad Melaka yang juga Penasihat Agama PIKDM.

Turut disempurnakan penyerahan sijil pelantikan Penasihat Agama PIKDM kepada Ust Muhammad Sufian bin Talib bagi tempoh 2020-2021.

Diluar sessi program team PIKDM yang terdiri dari Pengerusi Pn Lynnda Abbas, Tim Pengerusi Pn Haleiza, Bendahari Pn Shaliza, Penasihat Agama Ust Mohammad Sufian bin Talib dan Pengurus Projek khas Cik Alyssa telah menyaksikan perasmian stiker ‘ Scan Me’ PIKDM yang dirasmikan pada kenderaan baru 4×4 PIKDM yang terus memberi manfaat buat program pertama PIKDM ke DDM.

Program ini adalah usaha dan inisiatif Penasihat Agama PIKDM Ust Mohammad Sufian bin Talib. Barakallahhufeek.

Jazakumullahhu khayran buat Penganjur Program YADIM dan DDM yang telah sudi menjemput PIKDM untuk program PIKDM yang pertama bagi tahun 2020 di Penjara Dusun Dato Murad Melaka.

Semoga jalinan kerjasama ini terus memberi manfaat buat ummah.

Barakallahhufeekum buat para penginfak PIKDM serta warga kerja PIKDM yang banyak membantu melancarkan lagi program ini.

*Wakaf RIZQ bakal dilancarkan tidak lama lagi, InshaaAllah.

#PIKDM
#DDM
#YADIM
#wakafRIzQ

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

(PPM-030-10-18122019)

Pautan

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

5627-4015-5175

© Hak Cipta Terpelihara 2023 - Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia