Program Jejak Asnaf Bandar (Projek Ramadhan-Raya 1440H)

17 Mei (Jumaat)
12 Ramadhan 1440H
Lokasi : Sungai Buloh

Alhamdulillah..
Semalam team Piqd (kini PIKDM) selesai menyantuni beberapa asnaf sekitar sg buloh dengan 
mengagihkan Dapur Pek Ramadhan, iftar Pek, telekung, buku poket doa dan wirid, buku sunnah di bulan Ramadhan juga sumbangan duit zakat.

Selesai program jejak asnaf, team PIQD (kini PIKDM) bergerak ke R&R jejantas Sg Buloh bagi meneruskan program mengedar iftar pek sebanyak 40 pek Nasi Arab Dima tajaan infak PIQD (kini PIKDM) kepada pemandu-pemandu yang melintasi jalan ini yang kebanyakannya berhenti untuk makan berbuka puasa mahupun berhenti untuk ke tandas dan musolla sebelum meneruskan perjalanan masing-masing untuk sampai ke destinasi masing masing.

Ramai juga yang hanya sempat berbuka atas jalan, maka kami raikan mereka dengan sumbangan iftar pek sebagai penyelamat saat-saat waktu genting.

Kami juga meraikan pekerja ‘cleaner’ di RnR yang ada beberapa orang yang mungkin rezeki mereka tidak seperti kita. Sumbangan Iftar Pek Nasi Arab Dima mungkin merupakan menu berbuka yang istimewa bagi mereka ini.Semalam kami sempat serahkan 3 pek kepada 3 ‘cleaner’ yang hanya bersedia untuk berbuka hanya dengan segelas air masing-masing tanpa makanan di tangan. Saat kami hulurkan kepada mereka rasa suatu kepuasan.

Alhamdulillah Piqd (kini PIKDM) telah memasuki tahun ke 5 bagi projek ramadhan raya dan merupakan tahun ke 3 berkongsi rezeki dengan program Iftar box dan kini Iftar Pek..berkongsi rezeki di bulan penuh barakah ini mengingatkan kita pada si pemberi rezeki sekaligus mensyukuri setiap nikmat yang Allah beri ini untuk disyukuri.

Jazakumullahhu khayran kepada team Piqd (kini PIKDM) yang ikhlas membantu, penginfak budiman yang dihargai lagi dirahmati Allah..moga Allah gandakan rezeki anda semua. Semoga amal ini diterimaNya. Allahhumma Aameen.

Anda Hulur Kami Bantu.

https://www.facebook.com/1594660244126201/posts/2283017441957141/

https://www.pikdm.org.my/donations/ir/


#IftarPek
#DapurPek
#PRR1440H

 

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

(PPM-030-10-18122019)

Pautan

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

5627-4015-5175

© Hak Cipta Terpelihara 2023 - Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia