Iftar & Sahur di Cox’s Bazar, Bangladesh (Projek Ramadhan-Raya 1440H)

Hantaran video dari Kem Pelarian Rohingya di Coxs Bazar diterima hampir setiap hari dari Ust Abdullah untuk tatapan PIQD (kini PIKDM) dan penginfak.

Hanya sahaja kami tidak ‘update’ disini tidaklah bermakna kami tidak melaporkan aktiviti disana..hanya di group whats app yang kami sempat ‘update’ penginfak. Sekadar beberapa video dan beberapa keping gambar sahaja untuk makluman sahaja.

Setakat hari ini PIQD (kini PIKDM) telah menaja 14 hari iftar sahur untuk 4 madrasah tajaan PIQD (kini PIKDM), seramai 400 orang dijamu makan iftar sahur di Kem Pelarian ini.

Sumbangan tajaan setakat hari ini mampu bertahan sehingga hari yang ke 20 dan kami mengharapkan 10 akhir ramadhan juga dapat dipenuhi tajaan iftar disana InshaaAllah. 10 akhir ramadhan merupakan kemuncak bagi bulan ramadhan..menghidupkan 10 akhir ramadhan dengan iktikaf..mengejar lailatul qadr bagi si miskin mahupun kaya tiada pembeza.

Kebarangkalian doa si fakir miskin yang ikhlas itu mengangkat doa buat si kaya yang lupa merintih pada RabbNya..kebarangkalian doa si fakir miskin yang diberi makan inilah yang memohon keampunan untuk kita.

Ramadhan datang dan pergi…jangan sia siakan ramadhan tanpa kita hayati erti ramadhan.

Projek Infak Quran Daily (kini PIKDM)

●■●■●■●■●■●■●■●■●■●■●■●■

RAMADHAN IFTAR SAHUR PROJEK – KEM ROHINGYA COX’S BAZAR BANGLADESH.

■Menaja Pek Berbuka puasa dan makan sahur untuk 400 Pelajar Kanak-Kanak Yatim Fakir Miskin, Pelarian Rohingya di Kem Pelarian Cox’s Bazar Bangladesh

■400 orang pelajar termasuk guru-guru di 4 Madarasah wakaf PIKDM.

■RM4 seorang sekali sahur dan iftar

RM4 (sahur/iftar)x 400 orang 
= RM 1600 sehari x 30 hari = RM48,000

Tajaan sahur iftar 
Tajaan 20 orang sehari RM80
Tajaan 50 orang sehari RM200
Tajaan 100 orang sehari RM400
Tajaan 200 orang sehari RM800
Tajaan 300 orang sehari RM1200
Tajaan 400 orang sehari RM1600

Untuk online INFAK sila klik pautan ini :

Code Infak #IftarSahurRohingyaCoxBazar

https://www.pikdm.org.my/donations/ir/
https://www.pikdm.org.my/donations/ir/
https://www.pikdm.org.my/donations/ir/
https://www.pikdm.org.my/donations/ir/

Sebarang pertanyaan & pengesahan sumbangan sila whatsapp :

Pn Lynnda Abbas
Pengarah Projek PIQD (kini PIKDM)
#Iftarcoxsbazar
#ProjekRamadhanRaya
#IftarPek
#DapurPek
#Jominfak

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

(PPM-030-10-18122019)

Pautan

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

5627-4015-5175

© Hak Cipta Terpelihara 2023 - Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia