Penyerahan Sijil Penghargaan Kepada Pengerusi MADS

Sabtu 23 Januari 2021

Alhamdulillah semalam PIKDM melakukan penyerahan sijil penghargaan kepada Pengerusi MADS Pulau Jambongan Cikgu Azam Hashimuddin sebagai tanda terimakasih PIKDM atas pencapaian komitmen yang diberi bagi tahun 2020. Jazakumullahhu khayran buat seluruh warga MADS.

Kos tajaan 11 guru, kos pengurusan kebajikan dan dakwah untuk 5 Madrasah di Pulau Jambongan di bawah pengurusan MADS adalah dibawah tajaan PIKDM.

Selain MADS, PIKDM juga menaja:
▪︎13 guru di Kem Pelarian Rohingya Bangladesh Coxs Bazar di 5 Madrasah wakaf PIKDM.
▪︎Tajaan 20 pelajar Asnaf di Sek Tahfiz Al Quran Al Fareed, Beluran Sabah.
▪︎ Tajaan gaji guru dan imam di Sek Tahfiz Al Quran Al Fareed, Beluran Sabah.
▪︎Gaji Imam dan guru di Madrasah PIKDM di Ibadan Nigeria.
▪︎Tajaan gaji guru² Fisabilillah dibawah PIKDM.

RM30K diperlukan setiap bulan bagi dana Projek angkat PIKDM ini.

PIKDM juga mengagihkan 50 set RIZQ kepada MADS. 1 set RIZQ (Rehal,Iqra,Zikirpagipetang,Quran) yang bernilai RM130 setiap satu set RIZQ untuk agihan surau, Madrasah, masjid baru sekitar Pulau Jambongan dan Beluran .

Turut diserahkan 70 naskah ‘Table’ kalendar PIKDM kepada En Azahar Mohd Jizat mewakili Tan Sri Ismail yang membeli sambil berinfak.

Sokongan para penginfak amatlah diharapkan.

Barakallahhufeekum. Teruskan menyumbang!!

Online banking Infak
MAYBANK AKAUN PIKDM
5627 4015 5175
dibawah nama
Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
=================
Klik LinkTree PIKDM untuk akses penuh: https://linktr.ee/PIKDM

Untuk penyertaan Projek Angkat PIKDM tahun 2021  klik Borang Daftar Projek Angkat 2021
========================

#PIKDM
#ProjekAngkat2021

     

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

(PPM-030-10-18122019)

Pautan

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

5627-4015-5175

© Hak Cipta Terpelihara 2023 - Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia