Sertai Ibadah Korban Bersama PIKDM 1446H / 2025

Hari
Jam
Minit
Saat

Misi Pasca Banjir di Temerloh Ahad 17 Januari 2021

Jazakumullahhu khayran buat semua team Misi Pasca Banjir ke Temerloh pada Ahad 17 Januari 2021.

Kolaborasi NGO KL, Selangor dan Ipoh menyaksikan 5 buah 4×4 dan 1 lori 3 tan bergerak secara konvoi dari Petronas Gombak ke Temerloh dengan pelbagai muatan.

Sumbangan dari PIKDM diwakili Team Misi dan Team Media PIKDM. Kesemua sumbangan bantuan banjir yang kami bawa diserahkan kepada NGO Temerloh Care yang diketuai Puan Peguam Aribah.

Terimakasih buat sahabat saya Pn Zoe dari NGO KAA yang bertanggungjawab mengatur kerjasama baik bersama rakan NGO cawangan Pahang Temerloh Care dan beberapa rakan NGO yang lain. Terimakasih juga kepada Koperasi KPP yang menginfakkan sebanyak 300 pek keperluan asas muatan 1 lori 3 tan untuk mangsa² banjir.

PIKDM berterimakasih atas kerjasama ini, terimakasih buat seluruh TEAM dan Sukarelawan MISI Bantuan Banjir Temerloh yang komited membantu.
Sehingga hari ini PIKDM telah berjaya mengumpul Dana kilat banjir sebanyak RM10,465 dan kutipan masih diteruskan untuk manfaat Misi 2 0 nanti InshaaAllah. Sumbangan bagi Misi 1.0 PIKDM telahpun dimanfaatkan untuk bantuan:

40pek keperluan pencuci rumah seperti:
Mop
Sabun lantai
Sabun basuh pinggan
Sabun serbuk
Sabun baju
Gloves
Wiper mop

Keperluan lain
▪︎40 pek susu bayi pelbagai jenama
0-12bulan
1-3 tahun
▪︎Tuala wanita
▪︎ Tuala mandi
▪︎Makanan ringan buat team sukarelawan
▪︎ zikir pagi petang
▪︎ sumbangan kalendar &zikir pagi petang PIKDM buat team sukarelawan dan rakan kerjasama.

▪︎ Sumbangan duit zakat RM1,500 diserahkan kepada wakil NGO Temerloh Care Pn Aribah untuk diagihkan kepada 30 keluarga mangsa banjir untuk meringankan sedikit beban.

Semoga Allah gantikan yang lebih baik buat mereka yang diuji kemusnahan dan kehilangan harta benda akibat banjir.

Semoga Allah terima amal kita semua.

Barakallahhufeekum

Lynnda Abbas
Pengerusi PIKDM

Video ==> Misi Pasca Banjir Ke Temerloh Ahad 17 Januari 2021

Media Sosial PIKDM

Jom Infak

Projek Angkat

Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan.

Infak Bulanan

Hulurkan bantuan
anda bagi
mereka yang
memerlukan.

Sumbangan
One-Off

Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat.

Zakat Online

Sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

Favicon pikdm

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
(PPM-030-10-18122019)

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
5627-4015-5175

Jumlah Pelawat : 69268
© 2025 – Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PPM-030-10-18122019)