Penghargaan buat rakan kerjasama bagi Projek Food Pek Covid19

Jazakumullahhu khayran buat rakan kerjasama PIKDM:

Dima Restaurant Ara Damansara
DapoSuta
Canton Village Chinese Muslim Kitchen
MOHD CHAN Chinese Muslim Restaurant

Bagi menjayakan Projek Food Pek Covid19 menyantuni Frontliners KKM sepanjang 25 hari bermula 21Mac hingga 14April.

Diatas kerjasama yang baik dan memuaskan, PIKDM telah diberi penghargaan ini dari Pejabat Kesihatan Lembah Pantai, Jabatan Kesihatan W.P Kuala Lumpur dan Putrajaya. Terimakasih KKM atas penghargaan ini.

Kami di PIKDM mahu berkongsi penghargaan ini bersama rakan kerjasama PIKDM yang selama ini banyak menyokong usaha PIKDM menjayakan Projek ini selain mereka juga adalah antara penyumbang bagi projek ini dan Projek PIKDM yang lain, demi menyahut seruan “We Care , Kita Jaga Kita”.

RM30K disasarkan untuk Projek Food Pek Covid Frontliners dan berjaya dikumpulkan sebanyak RM29,971 dan dibeĺanjakan sebanyak RM29,517.
Projek Food Pek Covid Frontliners merupakan salah satu Projek PIKDM selain Dapur Pek Covid dan Medik Covid.

Jazakumullahhu khayran yang terutamanya kepada para penginfak PIKDM yang budiman.

Terimakasih yang tak terhingga buat team taskforce covid19, rakan-rakan, sukarelawan, para sahabat  NGO yang sentiasa bersama menyokong PIKDM, seluruh team PIKDM yang tak kenal erti penat dan rehat sepanjang projek ini berjalan.

Antara cabaran terhebat pernah kami bekerja adalah sepanjang mengendalikan Misi, Projek dan Program COVID ini, walau bekerja dari rumah, tapi cabarannya MashaaAllah..semangat team dan para penginfak kami yang rata²nya adalah barisan wanita² hebat yang berdiri teguh menyokong usaha ini.

Team kami yang terpaksa bekerja 3 kali ganda dari kebiasannya, hanya Allah yang dapat membalas jasa dan pengorbanan team dan sukarelawan yang terlibat membantu.

Semalam kami raikan rakan kerjasama kami dengan penghargaan dari PIKDM untuk mereka yang patut juga diberi penghargaan atas kecemerlangan food Pek yang disediakan.

Hikmah dari wabak Covid19 banyak melatih masyarakat saling memerlukan, saling bekerjasama, saling membantu dan saling prihatin.

Inilah tanda sokongan kami buat wira wirawati Frontliners Covid19 yang bekerja keras untuk memutuskan rangkaian Covid 19 yang telah membunuh jutaan nyawa seluruh dunia. Teruskan mohon doa agar wabak ini berakhir pergi.

Teruskan menyumbang untuk ummah sejagat.

PIKDM
===================================
MAYBANK AKAUN PIKDM
5627 4015 5175
dibawah nama Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
===================================

Website PIKDM https://www.pikdm.org.my/

#PIKDM
#KKM
#TaskForceCovid19
#FoodPekCovid
#FrontlinersCovid19

 

        
   

Ikuti PIKDM

Tadabbur Al-Quran

Buletin & Aktiviti

Projek Terkini PIKDM

Projek Angkat 2024 Keseluruhan Senarai Projek

Projek Angkat PIKDM 2024

Kami sentiasa menjalankan projek dakwah dan kebajikan. Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan. Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat. Klik pautan kempen dbawah untuk menyumbang.

INFAK SEKARANG
Zakat

Zakat Online

Anda kini boleh membayar zakat secara online dan sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

BAYAR ZAKAT ONLINE

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

(PPM-030-10-18122019)

Pautan

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

5627-4015-5175

© Hak Cipta Terpelihara 2023 - Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia