PIKDM baru² ini melancarkan dana kilat untuk bantu OKU Mohd Zuri dari Kuala Krai Kelantan untuk memiliki sebuah kerusi Roda baru yg bernilai RM1,350.
Baru² ini akhbar metro ada buat paparan kisah beliau. Sahabat PIKDM yang melalui wakil di Kuala Krai yang mengenali isteri kepada suami Oku ini telah menyempurnakan hajat si isteri untuk mendapatkan kerusi roda baru buat suaminya untuk menggantikan yang lama yang sudah uzur.
Setiap hari si isteri terpaksa ke kebun sambil bawa bersama suaminya ke kebun dengan kerusi roda ini yg sudah uzur. Kini si suami boleh menikmati kerusi roda baru yang lebih selesa. Bayangkan itulah kerusi sehariannya berbanding kita yang mungkin seharian duduk atas kerusi empuk.
Jazakumullahhu khayran buat wakil kami di Kuala Krai Norhayati mohamed yang diamanahkan untuk pembelian dan penyerahan kerusi roda ini.
Jazakumullahhu khayran buat penginfak PIKDM.
Semoga Allah permudahkan urusan kedua pasangan suami isteri ini dan diberi kekuatan dan kesabaran untuk menjalani kehidupan seharian. Kami kagum dengan semangat mereka dan tidak beralasan dengan segala kekurangan, masih mampu mencari rezeki dengan bercucuk tanam sebagai sumber pendapatan.
Barakallahhufeekum..
Sihat untuk disyukuri, yang tidak sihat terus bersabar.
=========================
MAYBANK AKAUN PIKDM
5627 4015 5175
dibawah nama Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
Website PIKDM https://www.pikdm.org.my/
Like FB Page PIKDM https://m.facebook.com/pikdmalaysia
Follow Instagram PIKDM https://www.instagram.com/pikd_malaysia
Join PIKD Broadcast List https://broadcastpikd.wasap.my
=======================
#PIKDM
#BuletinPikdm
#BroadcastNewsPIKDM