Alhamdulillah
Setiap bulan pihak MADS Pulau Jambongan akan menghantar gaji dalam bentuk tunai kepada semua tenaga pengajar di lima buah cawangan MADS (Semua Kampung).
Proses menghantar gaji ini akan memakan masa dalam tempoh 2-3 hari untuk selesai disebabkan tenaga pengajar di setiap cawangan itu berada jauh di antara kampung-kampung dalam Pulau Jambongan ini. Sebagai contoh, jarak daripada MADS pusat (Kg Malalin) ke cawangan MADS Kg Babagu memakan masa 40 minit menaiki boat (bergantung cuaca). Pernah berlaku gaji dihantar lewat seminggu daripada tarikh yang sepatutnya disebabkan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.
Dalam pada itu, semua tenaga pengajar lebih memilih untuk menerima gaji dalam bentuk tunai berbanding transfer disebabkan tiadanya bank untuk keluarkan duit di Pulau ini. Kalau hendak keluarkan duit maka perlu keluar ke pekan atau bandar yang berhampiran (5 jam perjalanan).
Beberapa keping gambar di atas, menunjukkan wakil MADS menghantar gaji kepada beberapa orang tenaga pengajar.
Semoga Allah merahmati kita semua.
Update dari Wakil Mads di Pulau Jambongan.
Jazakumullahhu khayran dari PIKDM.
LINK PENUH RANGKAIAN PIKDM KLIK DISINI
https://linktr.ee/PIKDM
#PIKDM
#Mads
#ProjekAngkatPIKDM
#BroadcastNewsPIKDM