You are currently viewing Misi Bantuan Banjir Kg Temai, Pekan Pahang 31 Dis 2021 & 1 Jan 2022

Misi Bantuan Banjir Kg Temai, Pekan Pahang 31 Dis 2021 & 1 Jan 2022

  • Post category:Projek

Alhamdulillah Misi 2 hari 31 Disember sebagai penutup Tahun 2021 dan 1 Januari membuka kalendar tahun baru 2022 MISI PIKDM Kg Temai Pekan Pahang telahpun disempurnakan.

Misi bantuan banjir PIKDM dengan kerjasama Persatuan Pasukan Sukarela Bomba Keratong Pekan Pahang pada 31-1Jan 2022.

1 Lori 5 tan muatan barang keperluan Misi Banjir dari PIKDM:
Tilam, Toto, set alat cuci rumah, set ibadah, DapurPek, pek makanan kering, pakaian dalam wanita, sanitiser, Al-Quran, zikir pagi petang, telekung, sejadah, roti, biskut, minyak Afiat, susu bayi, pampers kanak², pampers dewasa, kain batik, kain pelikat, bantal, tuala, pakaian muslimah, pakaian wanita & lelaki terpakai, dll.

PIKDM turut menginfakkan kepada Persatuan Sukarelawan Bomba Keratong:
Water Jet Genset
Water Jet eletrik.
7 life jacket
Sumbangan lain adalah dari penduduk Felda Kg Keratong 1& 2 seperti:
Beras
Air kotak
Bantal

Konvoi Misi:
3 buah 4×4 dari Team PIKDM
3 buah 4×4 dari Team Penduduk Felda 1 & 2
1 buah Van dari Team Persatuan Sukarelawan Bomba Keratong
I MPV dari Team Persatuan Sukarelawan Bomba Keratong

Agihan bantuan telah disempurnakan di:
1. PPS SK Keb Temai
2. PPS Dewan orang ramai padang rumbia
3. PPS Pulau Manis
4. Kg Luit

5pm (31 Disember 2021)Team PIKDM bersama Lori 5 tan telah sampai ke lokasi berkumpul di keratong 1 Pahang. Proses memunggah barang dari Lori ke Lori dilakukan sejurus Lori sampai.

Proses pembungkusan, pengasingan barangan agihan bantuan banjir disempurnakan malam itu juga di salah sebuah rumah penduduk kampung di situ.

Sabtu (1 Januari 2022)
7:30am proses memunggah barang ke atas Lori.
9:30am Misi Konvoi bergerak
10:30-5:00pm Misi agihan bantuan bermula dan berakhir.

Jazakumulllahhu khayran buat para penginfak PIKDM yang budiman. Dengan sasaran Dana terkumpul PIKDM telah membelanjakan:
100 Toto
100 set cadar& sarung bantal
50 tilam
50 bantal
80 sejadah
30 DapurPek
AL quran 100 naskah
Zikir pagi petang 300 naskah
Telekung 20
Handsocks 30
Water Jet Genset & Elektrik
Dan lain² lagi.

Jazakumulllahhu khayran kepada para penginfak PIKDM terutamanya, rakan² NGO, syarikat, individu yang turut sama menyumbang barangan sepert :
1.Hezzy Global Sdn Bhd untuk 100 set alat cuci rumah.
2.Team waw kaw² – 20 Toto, pampers, susu, air mineral & plastic sampah.
3. Kaseh4U -pakaian dalam, susu, sanitary wanita, tuala, pampers, telekung.
4.Biskut, roti dan bahulu dari penginfak PIKDM puan Norsiah.
5.Pakaian baru Muslimah 6 beg dari Summaya Design.
6. Syarikat Minyak Afiat- 4 kotak minyak panas dan minyak urut jenama Afiat.
7.As Sobireen Nursing – Ubat²an, selipar, sanitiser dll.
8. Pakaian terpakai yang masih elok sumbangan individu.

Sebahagian barang infak diatas juga telah diagihkan ke kawasan mangsa banjir di KL& Selangor.

Sewaktu kami agihkan bantuan keperluan banjr di Pahang baru ini, ternyata tidaklah semewah seperti bantuan diterima di KL & Selangor. Khemah penempatan sementara di PPS yang kami singgah kesemuanya hanya beralas tikar atau carpet. Mangsa² banjir ditempatkan di PPS hampir 1-2 minggu.

Kebanyakan mangsa banjir memang sangat bersyukur kedatangan kami bawa Toto, tilam, bantal dan lain² keperluan yang mereka sangat perlukan. Alhamdulillah tidak sia² misi kami ke Pekan untuk agihan bantuan mangsa banjir yang diatur Pengerusi Tuan Roshdan dari Persatuan Pasukan Sukarela Bomba Keratong.

Jazakumulllahhu khayran buat semua yang menyumbang. Sumbangan kalian telah banyak membantu pengumpulan barang keperluan banjir yang mahu dibawa kepada mangsa² banjir disempurnakan dengan izinNya.

Terimakasih yang tak terhingga buat Team PIKDM, Team Persatuan Sukarelawan Bomba Keratong dan Team Sukarelawan Felda 1&2. Tidak dilupai buat seluruh Team Misi Banjir yang terlibat langsung dan tidak langsung.

Kita jaga kita. Rakyat Jaga Rakyat. Allah Jaga Kita. Bersatu bersama membantu. Semoga yang diuji diberi kesabaran dan digantikan dengan yang lebih baik.
Ilmu bil amal, Amal bil ihsan, Dakwah bil hikmah.

InshaaAllah PIKDM akan terus dengan Misi Bantuan Kemanusiaan ini selagi dana dan sokongan semua masih ada. Semoga Allah merahmati dan terima amal kita semua. Barakallahhufeekum.

MAYBANK AKAUN PIKDM
5627 4015 5175
dibawah nama
Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

Klik LinkTree untuk pautan penuh rangkaian PIKDM.
https://linktr.ee/PIKDM

#PIKDM
#MisiBanjirPekanPahang
#misibantuanbanjir2021
#KgTemaiPekan
#broadcastnewspikdm

Misi agihan bantuan banjir ke Pekan Pahang 31-1Jan2022
Lokasi : PPS SK Temai 

https://www.facebook.com/pikdmalaysia/videos/1053977965175211

https://www.facebook.com/pikdmalaysia/videos/3066938050291309

Misi agihan bantuan banjir ke Pekan Pahang 31-1Jan2022
Lokasi : PPS Padang Rumbia

https://www.facebook.com/pikdmalaysia/videos/1328187484291383