Misi 2.0 Projek Kebajikan Dan Dakwah PIQD (kini PIKDM) bagi Sekolah Wedo Kg Phum Thmey Cambodia. Pada 10-13 Nov telah disempurnakan dengan jayanya.
ALHAMDULILLAH THUMMA ALHAMDULILLAH
Antara program dan sumbangan:
1. Sumbangan RM10K Naiktaraf 2 kelas tambahan Sekolah Wedo
2. Sumbangan Kos ‘wiring’ bagi Sekolah Wedo yang dianggarkan berjumlah RM4100
3. Sumbangan baikpulih tempat wudhu dan tandas berjumlah RM2,100.
4. Sumbangan duit zakat kepada 50 keluarga Asnaf anggaran RM1K
5.Sumbangan barang keperluan dapur berupa beras, minyak dan lain-lain RM2k
6.Lembu Seekor ditumbangkan untuk jamuan makan asnaf – RM3.5k
7. Infak wang saguhati untuk 14 orang guru.
9.Infak pakaian kepada guru², murid dan kanak-kanak
Lain-lain sumbangan berupa pakaian, infak dari Zaidi Collection dan MR
RM1K souvenirs PIQD (kini PIKDM) dan makanan ringan utk kanak-kanak.
RM22,400 kos total sumbangan infak dimanfaatkan untuk senarai diatas.
Jazakumullahhu khayran kepada MR yang turut sama menjayakan Misi bersama PIQD (kini PIKDM). Semua yang terlibat secara langsung mahapun secara tak langsung, dan terimakasih tak terhingga buat para penginfak yang budiman. Semoga Allah gandakan rezeki kalian.
Video rakaman tinjauan dan laporan perkembangan 2 kelas tambahan Wakaf Piqd (kini PIKDM) yang dinaiktaraf baru baru ini.
Rayuan bantuan sumbangan bagi kos penurapan tanah yang berlecak dan berdebu di dalam kawasan Sekolah Wedo ,Phum Thmey Cambodia.
Kos anggaran bagi satu lori bernilai USD 200 dan keperluan sebanyak 5-6 lori diperlukan.
Bagi yang berminat untuk salurkan infak bagi tujuan ini sangat dialu-alukan.