Semakin seseorang itu mendekati ilmu dan orang alim ketika usia muda, semakin luas keberkatan ilmu serta taufik yang dikurniakan oleh Allah SWT kepadanya.
Daripada Mu‘awiyah bin Abu Sufyan, dia berkata Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ يُرِدِ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ
Sesiapa yang Allah kehendaki kebaikan baginya, maka Allah akan memberikan kepadanya kefahaman agama.
(HR al-Bukhari dan Muslim)
Ulama berpandangan, sekiranya kamu melihat orang muda yang memberikan tumpuan tinggi kepada ilmu, terus mengikuti majlis-majlis ilmu serta fokus mempelajarinya, maka ketahuilah bahawa Allah telah menghendaki kebaikan baginya bahkan dia termasuk dalam golongan sebaik-baik manusia.
Ketinggian darjat dalam ilmu dimulai dengan dorongan menuntut ilmu pada usia muda serta mengutamakan mempelajari ilmu-ilmu asas terlebih dahulu.
Namun begitu, terdapat perbezaan antara menuntut ilmu serta mengajarkannya, dengan menuntut ilmu dengan tujuan hanya untuk berdebat ataupun berbangga diri.
Justeru, keutamaan menuntut ilmu pada usia muda adalah dengan belajar terlebih dahulu sebelum mengajarkannya kepada orang lain apabila diperlukan.
———-
Unit Penerbitan & Media
Sokong dakwah PIKDM boleh disalurkan terus melalui link : https://www.pikdm.org.my/donations/tabung-dana-kuliah
Bagaimana mahu menyumbang bersama PIKDM? klik sini : https://www.pikdm.org.my/tabung-kebajikan/
ATAU ke akaun
5627 4015 5175 – Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia