Misi Ziarah Antarabangsa PIKDM – Cambodia (2 – 5 September 2022)

MISI ZIARAH ANTARABANGSA PIKDM – CAMBODIA (2-5 Sept 2022)

Program 3hb Sept 2022 (Sabtu selepas maghrib)


DAURAH KHAS di Masjid Jenewa Asahadah
Kampong Roka Knov

Tajuk: ‘Kesedaran Ibubapa dalam mendidik anak’ disampaikan oleh Ustaz Adib Gozali.

Menurut Ustaz Adib ini merupakan julung kali Daurah seumpama ini diadakan di Kg beliau dan sekaligus menjadi panel penceramah jemputan dibawah tajaan Program PIKDM.

PIKDM turut meraikan jamuan makan bersama orang kampung seramai 300 orang yang hadir diluar jangkaan.

Dari khemah Daurah diadakan beralih ke dalam masjid akibat hujan turun yang sangat lebat.

Untuk jamu makan orang kampung sebegini kosnya agak besar bagi mereka, namun inilah salah satu jalan dakwah dalam berkebajikan..Rezeki berkongsi ilmu dan beri makan pada jemaah selepas kuliah dianggap biasa bagi kita yang mampu..tidak bagi mereka yang tak mampu. Sewaktu kami lancarkan dana jamuan makan ini dilihat seperti agak tinggi kosnya..tapi jika dinilai bagi yang hadir dan menu yang dihidangkan kami rasa terharu dengan kesungguhan mereka meraikan orang kampung.

Agihan telekung dan sumbangan duit pada yang memerlukan.

4 Sept 2022 (Ahad)-Ziarah ke sekolah Haji Fickry High School di Chimnuk

Dijemput ziarah ke Sekolah Wakaf Almarhum Haji Fickry oleh Mudir sekolahnya Ust Rashid yang tidak jauh lokasinya dari Kg Rokha Knov.

Kagum dan bangga melihat semangat dakwah dan berkebajikan rakyat Malaysia. Sempat di tegur imam masjid di sekolah Haji Fickry. Beliau sempat berkata pada saya “Orang Malaysia memang ramai yang pemurah dan dermawan, anaknya sendiri 3 orang belajar ke Mesir ditaja rakyat malaysia “. Barakallahufeekum.

Sambungan Ziarah ke Sekolah Nurol Iman yang merupakan ziarah terakhir kami sebelum bertolak pulang ke Malaysia akan dipaparkan kemudian. InshaaAllah.

Jazakumulllahhu khayran buat para penginfak PIKDM yang sudi menyumbang bagi Misi Ziarah Siri 1.0 PIKDM ke Cambodia bagi tahun 2022.

Sumbangan boleh disalurkan terus melalui link : https://www.pikdm.org.my/donations/tabung-kebajikan-pikdm/

ATAU ke akaun

5627 4015 5175Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

(PPM-030-10-18122019)

Pautan

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

5627-4015-5175

© Hak Cipta Terpelihara 2023 - Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia