رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ
“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.”
(Surah Ibrahim: 40)
Doa ini perlu sentiasa diamalkan bagi mendoakan diri dan keturunan agar Allah SWT menjadikan solat kita sebagai penyejuk mata serta tidak menjadi beban dalam hidup kita.
Jika doa ini menjadi amalan seorang nabi, apatah lagi kita manusia biasa.
Antara pengajaran dalam doa ini:
- Kedudukan solat dalam Islam sangat penting sehingga diumpamakan sebagai tiang agama. Sekiranya seseorang muslim tidak menjaga solat, maka individu tersebut sudah merobohkan agamanya.
- Sentiasa mengulangi doa dan permintaan kepada Allah SWT agar dimakbulkan doa.
- Tidak lupa menyelitkan doa untuk diri sendiri, keturunan dan juga kedua orang tua ketika berdoa.
- Mementingkan urusan agama dalam berdoa melebihi urusan dunia kerana tujuan utama setiap manusia adalah akhirat.
- Doa adalah senjata para anbiya dan rasul bahkan senjata semua orang mukmin.
والله أعلم
Unit Ilmu & Penerbitan PIKDM
5627 4015 5175 – Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia