Doa Memohon Agar Ditambahkan Ilmu

رَبِّ زِدْنِي عِلْمًا

“Wahai Tuhanku, tambahkanlah kepada aku ilmu pengetahuan.”

(Surah Taha: 114)

Allah SWT memerintahkan kepada Nabi kita; Muhammad SAW untuk memohon kepada Allah agar ditambahkan ilmu.

Walaupun perintah ini ditujukan khusus kepada Nabi Muhammad SAW, namun secara tidak langsung turut ditujukan kepada kita semua. Ini disebabkan Rasulullah SAW merupakan ikon kita dalam segenap urusan. Justeru, suruhan berdoa dengan doa ini tidak khusus kepada Baginda SAW sahaja, bahkan turut ditujukan kepada kita semua umatnya.

Oleh kerana itu, Rasulullah SAW turut bersabda dalam sebuah hadith maksudnya menuntut ilmu adalah satu kewajiban ke atas setiap muslim.

Sudah semestinya ilmu yang diperintahkan Allah agar dipohon daripadaNya ini adalah ilmu berkaitan urusan akhirat. Iaitu ilmu yang dapat menyelamatkan seseorang daripada azab neraka.

Sesungguhnya Allah tidak pernah menyuruh utusan-utusanNya meminta agar dikurniakan penambahan dalam urusan harta, kedudukan, jawatan dan sebagainya melainkan Allah hanya menyuruh para nabi meminta agar ditambahkan ilmu pengetahuan.

Dinyatakan dalam Tafsir Ibn Katsir bahawa Nabi Muhammad SAW sentiasa memohon agar Allah SWT menambahkan ilmu Baginda SAW sehingga Baginda wafat.

Imam al-Tabari dalam kitabnya al-Mu’jam al-Kabir, menukilkan bahawa seorang sahabat Rasulullah SAW yang bernama Abdullah bin Mas‘ud selalu memanjatkan doa berikut:

اللهمَّ زِدْني إيمانًا ويقينًا وفَهْمًا أو قال عِلْمًا

“Ya Allah, kurniakanlah aku tambahan keimanan, keyakinan, kefahaman dan ilmu pengetahuan.”

Antara doa yang sering dibaca oleh Rasulullah SAW adalah sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi berikut:

اللَّهُمَّ انْفَعَني بِمَا عَلَّمْتنِي، وَعَلِّمْنِي مَا يَنْفَعُني، وَزِدْنِي عِلْمًا

“Wahai Allah! Kurniakanlah aku manfaat atas apa yang telah Engkau ajarkan kepada aku, ajarilah aku apa yang bermanfaat untukku dan tambahkanlah kepada aku ilmu pengetahuan.”

 

والله أعلم

Unit Ilmu & Penerbitan PIKDM

5627 4015 5175Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

Media Sosial PIKDM

Jom Infak

Projek Angkat

Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan.

Infak Bulanan

Hulurkan bantuan
anda bagi
mereka yang
memerlukan.

Sumbangan
One-Off

Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat.

Zakat Online

Sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

Favicon Pikdm

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
(PPM-030-10-18122019)

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
5627-4015-5175

Jumlah Pelawat : 56036
© 2024 – Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PPM-030-10-18122019)