Doa Agar Tidak Ditempatkan Bersama Orang Zalim

رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا مَعَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ

“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami bersama orang-orang yang zalim.”

(Surah al-A‘raf: 47)

Ini merupakan doa ashab al-a’raf. Al-A’raf adalah sebuah tempat di antara syurga dan neraka, tempat yang mana keburukan dan kebaikan manusia itu sama.

Mereka berdoa dengan doa ini ketika melihat ke arah penghuni neraka. Mereka memohon kepada Allah agar mereka tidak dimasukkan bersama yang berada di dalam neraka (orang yang zalim).

Justeru, kita hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah agar tidak dimasukkan bersama golongan yang zalim samada di dunia mahupun di akhirat.

Antara pengajaran dalam doa ini:

  1. Kita hendaklah menjauhi segala perbuatan, ucapan atau akhlak buruk yang menjadi punca kita dimasukkan ke dalam neraka.
  2. Pentingnya sentiasa berdoa kepada Allah dalam setiap keadaan bukan hanya di dunia, bahkan sehingga ke akhirat kita tetap perlu berdoa kepada Allah.
  3. Doa ini perlu dihafal dan sentiasa diamalkan kerana mengandungi permohonan lindungan daripada buruknya tempat kembali kita.

 

والله أعلم

Unit Ilmu & Penerbitan PIKDM

5627 4015 5175Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

(PPM-030-10-18122019)

Pautan

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

5627-4015-5175

© Hak Cipta Terpelihara 2023 - Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia