MINTALAH DOA PADA WAKTU-WAKTU MUSTAJAB
Doa apabila terjaga pada waktu malam:
لَا إِلٰهَ إِلَّا اللّٰهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ، الْحَمْدُ لِلّٰهِ، وَسُبْحَانَ اللّٰهِ، وَلَا إِلٰهَ إِلَّا اللّٰهُ، وَاللّٰهُ أَكْبَرُ، وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللّٰهِ
Lā ilāha illallāhu waḥdahu lā syarīka lah, lahul-mulku wa lahul-ḥamdu, wa huwa ‘alā kulli syai’in qadīr. Alḥamdulillāh, wa subḥānallāh, wa lā ilāha illallāh, wallāhu akbar, wa lā ḥawla wa lā quwwata illā billāh.
Kemudian berdoalah:
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي
Allāhummaghfir lī.
“Ya Allah, ampunilah aku.”
Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda bahawa orang yang membacanya ketika terjaga pada malam hari, kemudian berdoa, doanya diperkenankan. Jika dia bangun berwuduk lalu solat, solatnya diterima. (Riwayat al-Bukhari)
Jika terjaga malam, ambillah peluang ini untuk beristighfar, berdoa dan menunaikan dua rakaat tahajud, mungkin Allah sedang menjemput kita untuk berbicara dengan-Nya.
Apabila terjaga pada waktu malam, jangan terus memejamkan mata. Ambillah kesempatan untuk mengingati Allah, beristighfar dan menyampaikan segala hajat kepada-Nya.
Bacalah zikir yang diajarkan oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم seperti yang tertera pada poster, kemudian berdoalah.
Rasulullah صلى الله عليه وسلم menyatakan bahawa sesiapa yang membacanya, kemudian berdoa, doanya diperkenankan. Jika dia bangun berwuduk lalu menunaikan solat, solatnya diterima.
Mungkin kita terjaga bukan sekadar kerana tidur terganggu. Barangkali itulah kesempatan untuk kita kembali mengadu, memohon dan mendekatkan diri kepada Allah.
Jangan lepaskan waktu yang berharga. Mintalah kepada Allah, Dia Maha Mendengar setiap doa.
[Riwayat al-Bukhari]
Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
www.pikdm.org.my
#PIKDM #Ilmu #Dakwah #DoaMalam #WaktuMustajab #Qiamullail #KembaliKepadaAllah
Sumber: Facebook PIKDM



