Doa Ashabul Kahfi

رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami.”
(Surah al-Kahfi: 10)

Allah SWT telah menceritakan tentang para pemuda yang melarikan diri ke dalam gua untuk menyelamatkan aqidah mereka daripada raja yang zalim. Tatkala mereka sampai di dalam gua, mereka pun berdoa kepada Allah SWT dengan doa ini.

Justeru, Allah SWT telah mencurahkan rahmat ke atas mereka dan negara mereka. Allah SWT memberikan bimbingan dan petunjuk kepada mereka agar sentiasa berada dalam kebenaran. Mereka juga mengetahui secara pasti bahawa hanya Allah sahaja yang dapat menyelamatkan mereka daripada semua kezaliman yang ada.

Antara pengajaran dalam doa ini:

  1. Seorang mukmin dianjurkan untuk lari atau berpindah dari tempat yang menghalang daripada beribadah kepada Allah secara sempurna bahkan ini adalah sebuah kewajipan.
  2. Allah SWT akan melindungi dan memberikan jalan keluar kepada sesiapa yang kembali serta bertaqwa kepadaNya.
  3. Disyariatkan untuk kita mencari asbab sebelum kita bertawakkal kepada Allah SWT.
  4. Dianjurkan untuk kita sentiasa berdoa kepada Allah SWT dengan memohon rahmat dan bimbinganNya kerana kedua perkara inilah yang akan membantu kita berjaya di dunia mahupun di akhirat.

———-

Unit Ilmu & Penerbitan PIKDM

Sumbangan bagi tajaan majlis ilmu boleh disalurkan terus melalui link dibawah.

Infaq potongan bulanan secara autodebit : https://infaqbulanan.pikdm.org.my

Infaq Tabung Dana Kuliah : https://infaqsubuh.pikdm.org.my

ATAU ke akaun

5627 4015 5175Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

(PPM-030-10-18122019)

Pautan

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

5627-4015-5175

© Hak Cipta Terpelihara 2023 - Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia