Doa Agar Allah Teguhkan Keimanan Ketika Disoal Dalam Kubur

اللَّهُمَّ ثَبِّتْنِي بِالْقَوْلِ الثَّابِتِ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَفِي الْآخِرَةِ

Ya Allah teguhkankanlah aku dengan ucapan yang kuat di dalam kehidupan dunia dan akhirat. Antara pengajaran dalam doa ini:

1. Doa ini merupakan adaptasi daripada petikan sebuah ayat al-Quran:

يُثَبِّتُ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا بِالْقَوْلِ الثَّابِتِ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَفِي الْآخِرَةِ ۖ وَيُضِلُّ اللَّهُ الظَّالِمِينَ ۚ وَيَفْعَلُ اللَّهُ مَا يَشَاءُ

Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat; dan Allah menyesatkan orang-orang yang berlaku zalim (kepada diri mereka sendiri); dan Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendakiNya.

(Surah Ibrahim: 27)

2. Ayat ini turut mengupas tentang azab kubur setelah seseorang muslim dikebumikan. Sebagaimana dalam sebuah hadith yang diriwayatkan secara marfu’ oleh al-Barra’ bin ‘Azib, beliau berkata:

المُسْلِمُ إذا سُئِلَ في القَبْرِ، يَشْهَدُ أنْ لا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وأنَّ مُحَمَّدًا رَسولُ اللَّهِ، فَذلكَ قَوْلُهُ: {يُثَبِّتُ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا بِالْقَوْلِ الثَّابِتِ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَفِي الْآخِرَةِ}

Seorang muslim apabila disoal di dalam kubur, sudah tentu dia akan bersaksi bahawa tidak ada Ilah yang haq selain Allah dan sesungguhnya Muhammad adalah utusan Allah. Itulah (maksud) firman Allah Ta’ala: Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat.

(Surah Ibrāhīm: 27)

3. Doa ini boleh diamalkan sebagai permohonan kepada Allah SWT agar ditetapkan keimanan ketika berhadapan dengan soalan-soalan di dalam kubur nanti.

 

———-

Unit Ilmu & Penerbitan PIKDM

Sumbangan bagi tajaan majlis ilmu boleh disalurkan terus melalui link dibawah.

Infaq potongan bulanan secara autodebit : https://infaqbulanan.pikdm.org.my

Infaq Tabung Dana Kuliah : https://infaqsubuh.pikdm.org.my

ATAU ke akaun

5627 4015 5175Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

Media Sosial PIKDM

Jom Infak

Projek Angkat

Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan.

Infak Bulanan

Hulurkan bantuan
anda bagi
mereka yang
memerlukan.

Sumbangan
One-Off

Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat.

Zakat Online

Sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

Favicon Pikdm

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
(PPM-030-10-18122019)

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
5627-4015-5175

Jumlah Pelawat : 55533
© 2024 – Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PPM-030-10-18122019)