اللَّهُمَّ قنِّعْني بما رَزَقْتني، وبارِكْ لي فيه، واخلُفْ على كُلِّ غائبةٍ لي بخيرٍ
Ya Allah cukupkanlah pada aku apa yang Engkau rezekikan padaku, dan berikanlah keberkahan padanya serta berikanlah gantian yang lebih baik kepadaku atas semua yang hilang daripadaku.
(HR al-Hakim: Sahih)
Antara pengajaran dalam doa ini:
- Doa yang ini merupakan permohonan kepada Allah agar mengurniakan kita sifat reda terhadap semua rezeki yang Allah berikan kepada kita, sehingga kita berasa lapang dada serta sentiasa bersyukur kepadaNya.
- Tanpa rasa cukup (qana‘ah) dalam diri ini, manusia tidak akan pernah dapat merasa syukur terhadap nikmat yang telah diberikan oleh Allah SWT.
- Kita juga perlu memohon kepada Allah agar mengurniakan keberkahan di samping menambahkan lagi rezeki yang sedia ada, atau mengekalkan rezeki kita sehingga kita terus dapat keberkahan dan sentiasa bersyukur kepadaNya.
- Doa ini juga terdapat permintaan kepada Allah agar Allah menggantikan semua keinginan kita yang tidak tercapai sehingga kita pasrah menerimanya tanpa rasa sedih atau kesal.
———-
Unit Ilmu & Penerbitan PIKDM
Sumbangan bagi tajaan majlis ilmu boleh disalurkan terus melalui link dibawah.
Infaq potongan bulanan secara autodebit : https://infaqbulanan.pikdm.org.my
Infaq Tabung Dana Kuliah : https://infaqsubuh.pikdm.org.my
ATAU ke akaun
5627 4015 5175 – Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia