Doa Agar Dikekalkan Keimanan Hingga Ajal Menjemput

اللَّهُم يا فَاطِرَ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ أَنْتَ وَلِيِّي فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ تَوَفَّنِي مُسْلِمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ

Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, Engkaulah Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh.
Doa yang berkah ini adalah adaptasi daripada ayat 101 Surah Yusuf yang dipanjatkan oleh Nabi Yusuf AS tatkala Allah SWT telah sempurnakan nikmatnya ke atas baginda, iaitu dengan mengumpulkan baginda bersama kedua orang tuanya dan juga saudara-saudaranya.
Selain itu, Allah SWT telah mengangkat baginda menjadi raja dan juga seorang nabi.
Oleh itu, Nabi Yusuf AS memohon kepada Allah SWT sebagaimana Allah telah menyempurnakan nikmat untuk baginda di dunia ini agar Allah SWT juga terus-menerus menyempurnakan nikmat ini sehingga hari kiamat iaitu dengan dikekalkan di atas Islam sehingga hujung nyawa.
Antara pengajaran dalam doa ini:
  1. Kita perlu sentiasa memohon kepada Allah SWT agar ditetapkan keimanan kita dan dikekalkan keyakinan kita agar berada di atas jalan Islam dan berada di atas Sunnah Rasulullah SAW sehinggalah hari kematian mengejut.
  2. Kita tidak boleh berasa kuat sehingga menafikan bantuan dari Allah SWT dalam melaksanakan perintah agama. Justeru, wajib ke atas kita untuk sentiasa mendambakan bantuan Allah SWT dalam menjaga keimanan kita di setiap saat.
  3. Meninggal di atas agama Islam adalah tujuan utama setiap orang yang beriman kepada Allah SWT, bahkan Allah SWT berfirman di dalam al-Quran agar kita tidak meninggal melainkan atas agama Islam.

———-

Unit Ilmu & Penerbitan PIKDM

Sumbangan bagi tajaan majlis ilmu boleh disalurkan terus melalui link dibawah.

Infaq potongan bulanan secara autodebit : https://infaqbulanan.pikdm.org.my

Infaq Tabung Dana Kuliah : https://infaqsubuh.pikdm.org.my

ATAU ke akaun

5627 4015 5175Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

(PPM-030-10-18122019)

Pautan

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

5627-4015-5175

© Hak Cipta Terpelihara 2023 - Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia