21 Mac ✅
22 Mac ✅
23- 31 Mac InshaaAllah
Amir Akop SG BULOH Hspital: Terima kasih byk2
Amir Akop SG BULOH Hspital:
X kisah menu apa pon, ni pon kira rezeki utk staf kita,semoga dimurahkan rezeki.
Diatas adalah jawapan balas what’s App En Amir Akop (Ketua Bahagian Unit Radiologi Hospital S Buloh) yang mana unit beliau antara yang terlibat untuk saringan awal pesakit² COVID-19. Prihatin beliau atas kebajikan petugasnya sangat kami sanjung tinggi.
Kami dimaklumkan mereka para petugas tidak sempat nak bergerak cari makanan diluar dan kebanyakan gerai dan restoran tutup..janganlah harapkan mereka ni bawa bekal dari rumah hari².
Ihsan itu bukan mencari alasan..beri apa yang termampu buat insan² yang berkorban untuk selamatkan nyawa rakyat² Malaysia ini. Mereka rasa dihargai cukup dengan kita ingat jasa mereka dan kita hanya perlu bekerjasama untuk patuh arahan untuk kekal tinggal dirumah semasa tempoh 14hari kuarantin ini.
Semoga mereka petugas lebih bersemangat berkhidmat demi negara rakyat Malaysia.
Jazakumullahhu khayran buat team 𝗹𝗲𝘀𝗴𝗼𝗻𝗲 dan 𝗘𝗱𝗱𝗶𝗲 𝗛𝗮𝘀𝗯𝘂𝗹𝗹𝗮𝗵 yang telah memberi laluan rezeki kami memberi sumbangan makan tengahari dan makan malam pada unit Radiologi ini..pada asalnya kami sepatutnya menghantar bantuan kering pada tarikh esok hari untuk bantuan Unit kecemasan Covid 19 melalui pegawai perhubungan awam hospital yang sebelum ini kita sudah ada beberapa misi bantuan Ramadhan ke wad² disana.
Terimakasih tak terhingga buat Dima Restaurant dan Daposuta kerana sanggup ambil tempahan ini dan mewakili kami untuk menyampaikan sumbangan ini. Penginfak kami sentiasa tidak mahu lepaskan peluang beramal soleh walau dalam apa keadaan pun.
Alhamdulillah ada peluang untuk terus berkebajikan walau terpaksa beroperasi dari rumah, ianya tidak pernah mematahkan semangat kami untuk terus menyalurkan sumbangan demi solidariti ini.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَفَعَهُ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ اللَّهَ لَا يَنْظُرُ إِلَى صُوَرِكُمْ وَأَمْوَالِكُمْ وَلَكِنْ إِنَّمَا يَنْظُرُ إِلَى أَعْمَالِكُمْ وَقُلُوبِكُمْ
3359-4218. Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, dan ia meriwayatkannya sampai kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, beliau bersabda, Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada bentuk-bentuk rupa kalian dan harta-harta kalian, tetapi Dia hanya memandang kepada amal perbuatan dan hati kalian.”
Shahih: Ghayah Al Maram (415), Ash-Shahihah (2656), Tahqiq Riyadh Ash-Shalihin, Al Muqaddimah (Laam). Muslim.
Jazakumullahhu khayran buat para penginfak PIKDM yang budiman dan semua yang terlibat membantu.
𝙒𝙚 𝙙𝙤 𝙘𝙝𝙖𝙧𝙞𝙩𝙮 𝙬𝙤𝙧𝙠 𝙛𝙧𝙤𝙢 𝙝𝙤𝙢𝙚
Terimakasih dari kami.
𝗣𝗲𝗿𝘁𝘂𝗯𝘂𝗵𝗮𝗻 𝗜𝗹𝗺𝘂 𝗞𝗲𝗯𝗮𝗷𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗗𝗮𝗸𝘄𝗮𝗵 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮
𝗜𝗹𝗺𝘂 𝗯𝗶𝗹 𝗮𝗺𝗮𝗹
𝗔𝗺𝗮𝗹 𝗶𝗵𝘀𝗮𝗻
𝗗𝗮𝗸𝘄𝗮𝗵 𝗯𝗶𝗹 𝗵𝗶𝗸𝗺𝗮𝗵
Website PIKDM https://www.pikdm.org.my/
Jom INFAK bersama PIKD https://www.pikdm.org.my/donations/tdp/
#PIKD
#PIKDM
#Kebajikan
#Covid19
#DimaRestaurants
#Daposuta
#Covid19TaskForce