Ziarah PIKDM ke Wawa Cats Sanctuary di Pekan Pahang

Ahad – 20 Februari 2022

Alhamdulillah buat julung kalinya PIKDM menaja makanan kucing secara bulanan bermula Januari 2022. Ziarah PIKDM pada Disember yang lepas adalah atas jemputan pemilik Wawa Cats Sanctuary untuk melihat sendiri keadaan kucing² peliharaan WCS yang perlu dibantu dari segi kos makanan bulanan. Kebanyakan kucing² yang dibawah peliharaan WCS adalah kucing² terbiar, berpenyakit dan cedera yang cuba diselamatkan semampu yang mereka boleh bergantung pada kos rawatan Veterinar.

Ihsan pada makhluk Allah ini bukan semua orang mampu lakukan. Ihsan pada manusia mungkin ramai mampu lakukan. Kami sanggup datang berkilo meter jauh hanya kerana mahu lihat sendiri dan bawa pulang berita dari sini untuk tatapan kalian yang sudi berkongsi rezeki buat WCS meneruskan kerja mulia ini. Infak kalian mungkin dilihat kecil namun besar ertinya buat kucing² di WCS. Semalam kami melihat kucing yang baru diselamatkan WCS yang luka di kaki hingga menampakkan tulang kaki. Dimaklumkan kami hampir 40 ekor ulat dikeluarkan dari luka di kaki kucing ini sebelum kami tiba kesini..Allahu Akbar!

Ziarah singkat PIKDM semalam adalah bagi melihat tapak rumah baru yang bakal dibina bagi menempatkan kucing² yang sebanyak 20 ekor ini ditempatkan di bilik khas yang buat masa ini terpaksa ditempatkan di ruang dapur pemilik WCS.

Sumbangan bantuan tajaan bulanan dan kos binaan rumah kucing boleh disalurkan ke akaun PIKDM:

MAYBANK AKAUN PIKDM
5627 4015 5175
dibawah nama
Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

Klik LinkTree untuk pautan penuh rangkaian PIKDM.
https://linktr.ee/PIKDM

CODE: #WCS

#PIKDM
#WCS

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

(PPM-030-10-18122019)

Pautan

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

5627-4015-5175

© Hak Cipta Terpelihara 2023 - Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia