[20. 2.2022]
PIKDM pada awalnya merancang mahu ronda laut sekitar rompin dengan menaiki bot yang PIKDM infakkan kepada pasukan bomba Sukarela Keratong sewaktu banjir baru baru ini. Qadarallah wama sha a fa ala…kami tiba waktu hujan sedang lebat turun dan berangin agak tidak mengizinkan untuk kami lakukan aktiviti yang dirancang. Kami hanya sempat merakam gambar dan serahan medic covid kit kepada Pengerusinya Mohd Roshdan untuk manfaat Pasukan Sukarela Bomba Keratong.
Pasukan Sukarela Bomba Keratong sekali lagi mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada para penginfak PIKDM yang telah membolehkan mereka memiliki sebuah bot dan sebuah enjin bot sendiri akhirnya berjaya dimiliki setelah bertahun tahun mereka berusaha untuk memilikinya.
Ditanya kami jika tiada banjir bot ini tiada manfaat ke? Jawab Pengerusinya; “kalau ada kes orang lemas, mati lemas ianya tak perlu tunggu musim banjir pun boleh berlaku, setidaknya bot sudah ada untuk berkhidmat” lalu saya bertanya lagi..kebanyakan team Sukarela Bomba Keratong ini bekerja dan berniagakan? Bagaimana mereka turun membantu? Jawab Pengerusi En Rashdan: Pasukan Sukarela Bomba Keratong akan turun membantu tak kira masa dan sentiasa bersedia untuk waktu² kecemasan. Itulah semangat pasukan bomba.
Pasukan Sukarela Bomba ini berkhidmat percuma untuk masyarakat setempat khususnya dan yang memerlukan pertolongan. Sekiranya berlaku sebarang kemalangan, musibah dan bencana..pasukan Bomba Sukarela terdekat akan terlebih dahulu turun membantu sebelum tibanya pasukan Bomba Malaysia bagi daerah itu. Disinilah kita melihat betapa pentingnya kelengkapan dan persediaan yang mereka perlu ada. Malang tidak berbau..tak akan waktu orang dah lemas baru kita nak cari bot untuk menyelamat.
Barakallahufeekum..
Klik LinkTree untuk pautan penuh rangkaian PIKDM.
https://linktr.ee/PIKDM