Projek Perigi di Pulau Maiga Sabah

Alhamdulillah..kali ini PIQD (kini PIKDM) dengan kerjasama wakil NGO Ghulam Al-Dakwah telah bersetuju untuk membina sebuah perigi bagi manfaat penduduk pulau MAIGA di Semporna Sabah.

Belum sempat dilancarkan semalam, ‘target’ sudah pun tercapai dalam masa kurang 10 minit.
Begitulah kebiasaannya berlaku, bagi yang tahu kelebihan wakaf/infaq perigi ini, pasti akan berlumba-lumba mengejar ganjaran yang dijanjikan Allah.

Alhamdulillahhillazi binikmatihi thotimmussolihaat..

Semoga dengan terbinanya perigi di pulau Maiga Semporna Sabah ini nanti, dapatlah masyarakat disini menikmati air bersih untuk dibuat mandi dan minum. Rata-rata penduduk pulau disini menikmati mandi-manda mereka dengan air laut. Air bersih perlu dibeli dan sangatlah mahal bagi mereka yang tidak mampu. Keseluruhan penduduk disini kehidupan mereka sangatlah dhoif.

Selagi ada permintaan dan selagi ada yang mahu menyumbang, PIQD (kini PIKDM) akan berusaha membantu setakat yang kami mampu.

Jazakumullahhu khayran khatira pada penginfaq-penginfaq budiman.

PIQD (kini PIKDM) akan memaparkan perkembangan sebelum dan selepas projek perigi di pulau Maiga ini.InshaaAllah.

#ProjekPerigiPulauMaiga

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

(PPM-030-10-18122019)

Pautan

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

5627-4015-5175

© Hak Cipta Terpelihara 2023 - Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia