Projek BaikPulih Tandas di Sekolah Alternatif Tawau, Sabah

Jazakumullahhu khayran buat wakil team PIKDM Sabah yang diketuai Pengurus Projek Misi saudara Iqbal Ahmad dan turut dibantu bersama saudara Hamdan selaku wakil Team Media PIKDM.

Baru baru ini PIKDM ada melancarkan dana kilat untuk 3 projek yang memerlukan dana segera. Antara 3 projek dana kilat yang dilancarkan termasuklah dana baikpulih tandas pak muin yang terlalu uzur sangat rupanya. Antara yang dilancarkan;

1. Dana untuk kos terakhir plaster simen Madrasah Aishah Siddiqah di Kem Mosoni Cox’s Bazar Bangladesh.

2. Dana tambahan untuk kos penurapan tanah bagi Sekolah Wedo, Cambodia yang masih belum mencukupi memerlukan tambahan dana lagi.

3. Dana baikpulih tandas rumah pak muin sekaligus untuk manfaat pelajar (Sekolah alternatif Tawau Sabah) dan orang kampung.

Alhamdulillah kutipan berjaya dikumpulkan dalam sehari dua selepas dilancarkan.

Berikut adalah laporan yang diterima dari wakil team PIKDM Sabah untuk paparan para penginfak.

Sumbangan kos baikpulih tandas, sumbangan keperluan Dapur Pak Muin, sedikit sumbangan duit zakat dan sedikit jamuan ringan meraikan murid² sek alternatif.

Semoga Allah terima segala amal kebaikan dan jasa kalian yang menabur bakti buat ummah.

Barakallahhufeekum buat penginfak budiman dan seluruh tenaga kerja PIKDM.

#BuletinPikdm
#PIKDM
#BaikpulihTandasPakMuin
#SekAlternatifTawau

Ikuti PIKDM

Tadabbur Al-Quran

Buletin & Aktiviti

Projek Terkini PIKDM

Projek Angkat 2024 Keseluruhan Senarai Projek

Projek Angkat PIKDM 2024

Kami sentiasa menjalankan projek dakwah dan kebajikan. Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan. Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat. Klik pautan kempen dbawah untuk menyumbang.

INFAK SEKARANG
Zakat

Zakat Online

Anda kini boleh membayar zakat secara online dan sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

BAYAR ZAKAT ONLINE

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

(PPM-030-10-18122019)

Pautan

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

5627-4015-5175

© Hak Cipta Terpelihara 2023 - Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia