Skip to content
Buletin & aktiviti

Amalan Memudahkan ke Syurga

Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

 

ِنَّ أَوَّلَ مَا يُحَاسَبُ بِهِ العَبْدُ يَوْمَ القِيَامَةِ مِنْ عَمَلِهِ صَلَاتُهُ، فَإِنْ صَلُحَتْ فَقَدْ أَفْلَحَ وَأَنْجَحَ، وَإِنْ فَسَدَتْ فَقَدْ خَابَ وَخَسِرَ، فَإِنْ انْتَقَصَ مِنْ فَرِيضَتِهِ شَيْءٌ، قَالَ الرَّبُّ عَزَّ وَجَلَّ: انْظُرُوا هَلْ لِعَبْدِي مِنْ تَطَوُّعٍ فَيُكَمَّلَ بِهَا مَا انْتَقَصَ مِنَ الفَرِيضَةِ؟ ثُمَّ يَكُونُ سَائِرُ عَمَلِهِ عَلَى ذَلِكَ

 

Sesungguhnya amalan pertama yang akan dihisab pada diri seorang hamba pada hari kiamat adalah solatnya. Jika elok solatnya, maka berjayalah dia. Namun, jika rosak solatnya, sia-sia dan rugilah dia. Allah Azza Wa Jallah berfirman: Lihatlah apakah hambaKu mepunyai ibadah sunnah yang dapat menyempurnakan ibadah wajibnya yang kurang? Kemudian, setiap amal akan diperlakukan seperti itu.

(HR al-Tirmidhi: Sahih)

  1. Amalan pertama yang akan dihisab pada hari akhirat adalah solat
  2. Sesiapa yang menyempurnakan wuduk bagi solat lima waktu, rukuk dan sujudnya, maka dia dijanjikan syurga
  3. Amalan solat sunat rawatib khususnya dapat membantu menampung kekurangan bagi solat fardu

 

Unit Ilmu & Penerbitan PIKDM

[INSERT_ELEMENTOR id=”16857″]

 

Kongsi post ini

Ada pertanyaan?

Hubungi Team PIKDM

Sebarang pertanyaan, sila hubungi kami melalui WhatsApp.

Floating Image