Daripada ‘Abd Allah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda:
ِعَلَيْكُمْ بِالصِّدْقِ، فَإِنَّ الصِّدْقَ يَهْدِي إِلَى الْبِرِّ، وَإِنَّ الْبِرَّ يَهْدِي إِلَى الْجَنَّةِ، وَمَا يَزَالُ الرَّجُلُ يَصْدُقُ وَيَتَحَرَّى الصِّدْقَ حَتَّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللهِ صِدِّيقًا، وَإِيَّاكُمْ وَالْكَذِبَ، فَإِنَّ الْكَذِبَ يَهْدِي إِلَى الْفُجُورِ، وَإِنَّ الْفُجُورَ يَهْدِي إِلَى النَّارِ، وَمَا يَزَالُ الرَّجُلُ يَكْذِبُ وَيَتَحَرَّى الْكَذِبَ حَتَّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللهِ كَذَّابًا
Hendaklah kamu bersikap jujur, kerana kejujuran itu akan membawa pada kebaikan, sedangkan kebaikan akan membawa kepada syurga. Tidaklah seseorang itu bersikap jujur dan selalu melakukan kejujuran hingga dia ditulis di sisi Allah sebagai orang yang jujur. Dan hendaklah kamu menjauhi sikap dusta, kerana kedustaan itu akan membawa pada kekejian, sedangkan kekejian akan membawa kepada neraka. Dan tidaklah seseorang itu melakukan dusta dan selalu berdusta hingga dia ditulis di sisi Allah sebagai seorang pendusta.
(HR Muslim: Sahih)
- Anjuran bersifat jujur kerana kejujuran membawa kebaikan dan setiap kebaikan membawa ke syurga.
- Individu yang selalu bersikap jujur atau berdusta secara tidak langsung akan menjadikan sikap tersebut sebagai kebiasaan serta ceminan akhlaknya.
- Orang-orang yang benar adalah orang yang melakukan kebajikan iaitu beriman kepada Allah, hari akhirat, semua malaikat dan kitab, sekalian nabi, mendermakan harta yang disayangi, mengerjakan solat, mengeluarkan zakat, menyempurnakan janji, bersabar ketika dalam kesempitan serta berjuang di jalan Allah.
Unit Ilmu & Penerbitan PIKDM
Penyertaan & Sumbangan Projek Angkat 2023 – https://projek2023.pikdm.org.my
Infaq Potongan Bulanan Secara Auto Debit : https://infaqbulanan.pikdm.org.my
Infaq Tabung Dana Kuliah : https://infaqsubuh.pikdm.org.my
Pembelian Buku Zikir Pagi & Petang : https://www.pikdm.org.my/bukuzikir
ATAU terus ke akaun

5627 4015 5175 – Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
Sebarang Pertanyaan :
Pn Lynnda Abbas – Whatsapp : https://wa.link/85adwi
Pn Shaliza – Whatsapp : https://wa.link/j7irlz
CIK Alyssa – Whatsapp : https://wa.link/7euwpc