Misi PIQD (kini PIKDM) Pra Ramadhan ke Cox’s Bazar, Bangladesh

Renungan sejenak..

Mereka tidak meminta pakaian cantik
Mereka tidak meminta mainan 
Mereka sudah cukup bahagia bila diberi rasa 
Nikmatnya rasa kesedapan nasi berlauk 
Ada yang hanya mampu makan nasi dan dhal semata mata..saat kami kesana pra ramadhan untuk 
menghantar bantuan pek ramadhan, kami juga menjamu hampir 200 orang pelajar Madrasah menu istimewa yang susah mereka mampu nikmati.

Kami jamu mereka ini menu lauk kari daging. Rata rata mereka disini makan nasi sangat banyak kerana tak mampu ada lauk yang banyak dan sedap. Satu jenis lauk sudah dikira nikmat, jika tidak, nasi berulam garam pun sudah dikira sedap.

Rasa nikmat itu di tekak, rasa kenyang di perut. Walau jumlah nasi agak banyak dihidangkan, tidak kelihatan pula yang membazir. Malah menambah adalah ibarat seperti orang berpuasa 2 hari tanpa makan.

5 hari sudah puasa berjalan, setakat ini kami menghantar infak iftar kesana 2 hari sekali. Bergantung kepada kutipan yang diterima. Selagi ada sumbangan, selagi itulah ada rezeki buat mereka InshaaAllah. Jika tiada lagi rezeki buat mereka, tiadalah iftar istimewa lagi. Mungkin air dan kurma semata-mata atau air semata-mata.

*************************************************************************************************************

RAMADHAN IFTAR SAHUR PROJEK – KEM PELARIAN ROHINGYA COX’S BAZAR BANGLADESH

  • Menaja pek berbuka puasa dan makan sahur untuk 400 Pelajar Kanak-Kanak Yatim Fakir Miskin, Pelarian Rohingya di Kem Pelarian Cox’s Bazar Bangladesh
  • 400 orang pelajar termasuk guru-guru 
  • RM4 seorang sekali sahur dan iftar

RM4 (sahur/iftar)x 400 orang 
= RM 1600 sehari x 30 hari = RM48,000

Tajaan sahur iftar 
Tajaan 20 orang sehari RM80
Tajaan 50 orang sehari RM200
Tajaan 100 orang sehari RM400
Tajaan 200 orang sehari RM800
Tajaan 300 orang sehari RM1200
Tajaan 400 orang sehari RM1600

#PIQD kini #PIKDM
#ProjekRamadhanRaya
#IftarPek
#DapurPek
#Kempenmampuinfak
#Jominfak

 

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

(PPM-030-10-18122019)

Pautan

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

5627-4015-5175

© Hak Cipta Terpelihara 2023 - Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia