Union OKU Khan Younis Gaza

Alhamdulillah serahan RM5,500 bagi bayaran sewa pejabat Union OKU di Khan Younis, Gaza Palestine untuk tempoh setahun telah disempurnakan. Dengan terbayarnya sewa setahun bagi pejabat Union OKU di Khan younis ini dapatlah diteruskan aktiviti dan kebajikan OKU seramai 3000 orang yang berdaftar secara percuma terbela nasib mereka.

Pengerusi union OKU cawangan Khan Younis ‘Izzat Mahmoud (Abu Ahmad)’ mengucapkan terima kasih kepada para penginfak PIKDM. Union OKU terdapat 3 cawangan di Gaza dan cawangan Khan Younis yang memerlukan bantuan PIKDM untuk tujuan ini. Alhamdulillah.

Disertakan surat dari Union OKU khan Younis mengesahkan penerimaan sumbangan sewa pejabat untuk tempoh 1 tahun berserta 3 saksi dari Union OKU yang menurunkan tanda tangan dan sumbangan diserahkan oleh wakil NGO di Palestine Dr Jamil.

Jazakumulllahhu khayran buat para penginfak PIKDM yang budiman. Barakallahufeekum.

Klik LinkTree untuk pautan penuh rangkaian PIKDM.
https://linktr.ee/PIKDM

#PIKDM
#khanyounisgaza

    

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

(PPM-030-10-18122019)

Pautan

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

5627-4015-5175

© Hak Cipta Terpelihara 2023 - Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia