LUAHAN & PENGHARGAAN BUAT PIKDM DAN PARA PENGINFAK
Saya, Ustaz Norazam Hashimudin, selaku Pengerusi MADS, Pengerusi Masjid An-Naim, Kg. Hujung serta Guru / Penolong Kanan HEM SK Malalin, ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PIKDM) atas segala usaha, keprihatinan dan sumbangan berterusan kepada masyarakat di Pulau Jambongan.
Antara inisiatif yang amat besar manfaatnya kepada penduduk di sini ialah Projek Water4Life, yang menyediakan kemudahan sistem bekalan air bersih untuk kegunaan masyarakat, serta Projek Angkat PIKDM 5 cawangan MADS Pulau Jambongan yang memberi tumpuan kepada pembangunan pendidikan dan kebajikan anak-anak di Pulau Jambongan.
Kami amat menghargai usaha PIKDM yang bukan sahaja membantu memenuhi keperluan asas masyarakat, malah turut mengambil berat tentang masa depan generasi muda melalui sokongan terhadap pendidikan anak-anak di pulau ini.
Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua penginfak dan penyumbang yang sentiasa memberikan sokongan kepada PIKDM. Sesungguhnya, setiap sumbangan yang diberikan menjadi asbab terlaksananya pelbagai usaha kebajikan, pendidikan dan misi kemanusiaan di Pulau Jambongan.
Semoga segala sumbangan, tenaga dan pengorbanan semua pihak diterima sebagai amal jariah yang berpanjangan serta dikurniakan ganjaran terbaik oleh Allah SWT.
Teruskan menyokong usaha dakwah, pendidikan dan kemanusiaan. Semoga lebih ramai masyarakat di Pulau Jambongan dapat menikmati manfaat daripada usaha murni ini.
Jazakumullahu khairan kathira.
#PIKDM #MADS #PulauJambongan #ProjekAirBersih #Kebajikan #Pendidikan #Dakwah
Video: Lihat video di Facebook
Sumber: Facebook PIKDM








