BARANG DAH SAMPAI SABAH, TAPI BELUM TENTU SAMPAI KE PULAU JAMBONGAN!
Bagi kita yang tinggal di bandar, membeli barang secara online hanya memerlukan beberapa klik. Dalam 2–3 hari, barang mungkin sudah sampai di depan pintu rumah.
Namun, bagi penduduk Pulau Jambongan, Sabah, situasinya sangat berbeza.
Barang yang dibeli perlu dihantar ke tanah besar terlebih dahulu. Mereka terpaksa menunggu individu yang boleh membawa barang tersebut pulang ke pulau.
Jika perlu menyewa bot sendiri, kos perjalanan boleh mencecah RM200–RM250 untuk perjalanan sehala.
Inilah antara cabaran kehidupan masyarakat di Pulau Jambongan. Perkara yang mudah bagi kita, mungkin memerlukan pengorbanan yang besar bagi mereka.
Di sinilah pentingnya usaha yang berterusan untuk membantu masyarakat pulau ini.
Melalui Projek Angkat PIKDM 2026, kami komited menyokong pendidikan, dakwah dan kebajikan masyarakat melalui Madrasah Darus Sunnah (MADS), Pulau Jambongan.
Antara keperluan yang perlu ditampung:
Gaji 13 orang tenaga pengajar MADS.
Kuliah bulanan, program dakwah, kursus dan ceramah.
Kos pengangkutan, bantuan asnaf dan kebajikan masyarakat.
RM8,000 DIPERLUKAN SETIAP BULAN bagi memastikan usaha ini terus berjalan.
Mungkin bagi kita, sumbangan bulanan hanyalah sedikit daripada rezeki yang ada. Namun, melalui sumbangan yang konsisten, kita dapat membantu memastikan pendidikan dan dakwah terus hidup di pulau ini.
Jom bersama menjadi sebahagian daripada Projek Angkat PIKDM 2026.
Sumbang dan sertai usaha kami di:
https://www.pikdm.org.my/projek-angkat-pikdm-2026/
PIKDM – Bersama Membina Kebaikan, Menyemai Kasih Sayang dan Menyatukan Ummah.
#PIKDM #ProjekAngkat2026 #MadrasahDarusSunnah #PulauJambongan #Sabah
Video: Lihat video di Facebook
Sumber: Facebook PIKDM








